- Berita
- Berita Auto
- Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes
Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes
Ibu pejabat Aston Martin di Gaydon, UKAston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan kereta sport baharu. Turut menjadi sebahagian daripada perancangan syarikat adalah untuk membangunkan sistem infotainmen baharu yang akan memberi “kejutan” kepada orang ramai.

Aston Martin menggunakan sistem COMAND, sebuah sistem infotainmen lama yang dibangunkan Mercedes-Benz, sementara Mercedes-Benz pula telah meninggalkan sistem tersebut dan menggunakan sistem infotainmen MBUX yang lebih canggih
Setelah sekian lama bergantung kepada teknologi infotainmen yang dibangunkan Mercedes-Benz yang membekalkan syarikat kereta mewah tersebut dengan perisian dan sistem operasi lama Mercedes, sistem COMAND, akhirnya Aston Martin mengambil langkah untuk membangunkan teknologi infotainmen sendiri.
Bercakap kepada CarExpert, Presiden Serantau Aston Martin untuk Jepun dan Korea Selatan, Greg Adams, mendedahkan visi dan misi Aston Martin.

Katanya, berdasarkan misi syarikat, Aston Martin berhasrat untuk menjadi jenama prestasi ultra mewah Britain yang paling diimpikan di dunia, bermakna syarikat tersebut perlu menguasai teknologi dan kekal berada di hadapan berbanding pesaing yang lain.
Tambah Adams, apabila kumpulan pelabur Lawrence Stoll membeli Aston Martin, ramai pakar yang pernah terlibat secara aktif dalam pembangunan Ferrari sebagai sebuah jenama moden turut dibawa masuk.

Awal bulan ini, Aston Martin dilaporkan sedang bersedia untuk membuat perubahan besar kepada barisan model keretanya, berita ini kemudiannya disusuli oleh ‘penampakan’ model yang dipercayai akan menggantikan DB11. Pada pertengahan tahun nanti pula, sebuah kenderaan elektrik (EV) akan didedahkan. Selain pengganti DB11 dan EV baharu itu, model lain Aston Martin, Vantage dan DBS bakal diberikan pembaharuan.
Sumber: CarExpert, TechCrunch
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.
10-07-2025
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707
Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.
30-04-2025
Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!
Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.
03-09-2024
Aston Martin Buruk Ditemui Dalam Bangsal Dijual Lebih RM1 Juta? Ini Sebabnya...
Aston Martin DB4 yang ditemukan dalam keadaan usang di dalam sebuah bangsal bakal dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta).
06-06-2024
Super SUV Ini Dikemaskini
Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.
22-04-2024
Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!
Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.
16-04-2024
Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin
Syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya.
26-12-2023
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

