ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Audi Kitar Semula Kereta Telah 'Mati' Untuk Hasilkan Kenderaan Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui



MaterialLoop bersama Audi dan 15 rakan kongsi lain dalam sektor kajian, kitar semula dan pembekal berkolaborasi untuk memberi nafas baharu kepada kenderaan yang telah tamat hayat.


Projek kitar semula ini dilihat sebagai sebahagian dariapda strategi ekonomi sirkular, menggunakan buangan daripada sektor automotif dalam penghasilan kenderaan baharu.




Setakat ini, tidak begitu banyak bahan yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan baharu diambil daripada kereta yang telah tamat hayat. 


Dalam usaha untuk melakukan proses kitar semula ini, kitar bawah atau downcycling iaitu kehilangan kualiti bahan selepas proses kitar semula cuba dielakkan. 


“Projek MaterialLoop menekankan visi bercita-cita tinggi kami untuk mengendalikan kenderaan akhir hayat berdasarkan konsep ekonomi sirkular yang sangat cekap," kata Ketua Pegawai Operasi Audi, Markus Duesmann.




"Matlamat kami adalah untuk mendapatkan semula sebanyak mungkin bahan pada kualiti yang tinggi untuk digunakan semula dalam pengeluaran. Ini akan menjimatkan bahan utama yang berharga dan mengurangkan jejak ekologi produk. Pada masa yang sama, akses terus kepada bahan sekunder dapat menyumbang kepada peningkatan keselamatan bekalan. Bahan mentah tidak lagi perlu diekstrak,” tambahnya. 


Pada bulan Oktober 2022, sebanyak 100 kenderaan termasuk kereta yang pernah digunakan dalam pembangunan sebelum ini telah diceraikan komponennya untuk projek MaterialLoop. Kualiti bahan sekunder yang berkualiti berjaya dikumpulkan melalui proses ini.


Selepas proses penceraian komponen selesai, badan kenderaan yang tinggal akan dihancurkan dan diasingkan mengikut kumpulan bahan berbeza yang terdiri daripada keluli, aluminium, plastik dan kaca, dengan kerjasama syarikat rakan kongsi.




Untuk menguji penggunaan semula bahan ini dalam penghasilan kenderaan baharu, Audi menjalankan projek rintis bersama-sama rakan kongsi dalam industri kitar semula, pembekal dan ahli akademik. Projek rintis ini akan dijalankan sehingga penghujung April nanti. 


Walaupun masih ada lagi projek rintis yang sedang berlangsung, Audi telah pun memulakan proses kitar semula berdasarkan beberapa dapatan kajian MaterialLoop terdahulu misalnya yang membabitkan bahan keluli dalam penghasilan kenderaan baharu. 




Dalam percubaan awal, sejumlah enam gegelung keluli yang terdiri daripada kira-kira 12% bahan MaterialLoop sekunder telah dihasilkan dan memenuhi piawaian kualiti tinggi Audi sehingga boleh digunakan untuk pemasangan kenderaan baharu. Audi merancang untuk menggunakan gegelung ini dalam penghasilan 15,000 pintu kereta Audi A4 di kilang yang bertempat di  Ingolstadt. Peratusan keluli yang dikitar semula dalam bentuk gegelung itu dijangka dapat ditambah lagi selepas selesai kajian yang kini sedang dilakukan. 


Audi juga sudah mula menguasai proses pengitaran semula kaca automotif sejak musim bunga 2022 lagi. Dalam projek rintis lain yang dijalankan, tingkap pintu yang tidak lagi boleh digunakan boleh dipecahkan kepada kecilan kecil sebelum diasingkan. 




Kaca halus ini dicairkan untuk diguna semula sebagai plat kaca bagi kegunaan industri automotif sepertimana yang dilakukan dalam pengeluaran Q4 e-tron. 


Sementara itu, dalam pengurusan bahan kitar semula aluminium pula, proses ini dilakukan di beberapa buah kilang iaitu  Ingolstadt, Neckarsulm dan Gyor di bawah syarikat Audi serta Bratislava, di bawah syarikat Volkswagen sejak tahun 2017 lagi. Aluminium yang telah dipotong dipulangkan semula kepada pembekal untuk diproses menjadi kepingan aluminium dengan kualiti yang sama untuk kegunaan Audi.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT4572

SELANGOR

BSP1273

JOHOR

JYU5424

PULAU PINANG

PSB3294

PERAK

APG5449

PAHANG

CFG1732

KEDAH

KGF2532

NEGERI SEMBILAN

NEK543

KOTA KINABALU

SJR3184

KUCHING

QAB5345N

Terakhir Kemas Kini 15 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

04-09-2025
Global

25-06-2024
Global

09-04-2024
EV

19-03-2024
Berita Auto

16-03-2024
Pandu Uji

06-03-2024
Global

06-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.