- Berita
- Kereta Baru
- Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

PHS Automotive Malaysia (PHSAM), pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia mengesahkan Audi Q7 flagship pemasangan tempatan (CKD) Q7 akan dilancarkan secara rasminya pada bulan Mei ini.
Ini bermakna SUV tersebut bukan sahaja akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.
SUV 7 tempat duduk flagship Audi ini akan dijual pada harga anggaran antara RM469,000 hingga RM489,000.
Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata, Audi Q7 merupakan SUV pertama yang diperkenalkan oleh Audi 20 tahun lalu.
“’Namun ia kekal menjadi penanda aras dalam segmen SUV premium mewah. Sebagai model pemasangan tempatan, ia akan ditawarkan pada harga yang kompetif, selain meluaskan portfolio model dan mengukuhkan keberadaan kami di pasaran Malaysia.
“Kuasa yang lebih mantap dan pengendalian lancar Q7 bukan sahaja boleh dilihat, malah boleh dirasai sendiri oleh pemandunya,” katanya.

Melihat penampilan Q7, ia hadir dengan gayaan S line pada rekaan bampar hadapan dan belakang serta ada skirting sisi yang menyerlahkan lagi karakternya yang sporty.
Dengan Black Styling Package Plus, penampilan Q7 ditingkatkan melalui penggunaan Audi Singleframe dan lencana Q7.

Terdapat logo Audi di hadapan dan belakang yang berwarna warna kelabu (anthracite grey).
Malah, spoiler belakang dan rim Audi Sports 5-V-spoke bersaiz 22 inci itu menyerlahkan gaya yang begitu agresif.
Selain itu, Q7 juga dilengkapi dengan lampu utama HD Matrix LED baharu yang terdiri daripada Audi Laser Light dan Digital OLED pada lampu belakang.
TRENKUASA:
Mengenai trenkuasa, Q7 menggunakan enjin petrol TFSI V6 bersesaran 3.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 250 kW (340 PS) dan tork 500Nm.

Sistem MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) menggunakan teknologi 48V untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan emisi.
Rangkaian kuasa ini membolehkan Q7 memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat, dengan pecutan maksimum mencecah 250km/j.
Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi Triptronic 8 kelajuan dengan agihan pintar ke keempat-empat roda menerusi sistem pacuan semua roda sepanjang masa quattro.
KABIN:
Difahamkan, Q7 didatangkan dengan kemasan kulit Valcona pada tempat duduk Sports Seat Plus dengan sulaman logo S dan terdapat dan paddle shifter.

Selain itu, pakej lampu ambien (Ambient Lighting Package Plus) menawarkan 30 pilihan warna
Tempat duduk baris kedua boleh direbahkan manakala tempat duduk baris ketiga boleh menempatkan dua orang penumpang dan boleh diakses dengan mudah apabila kerusi baris kedua ditolak ke hadapan.

Ciri-ciri standard lain termasuklah fungsi urutan pada kerusi hadapan, pendingin hawa 4 zon, pad pengecasan tanpa wayar, pintu but boleh dibuka dengan pergerakan kaki dan sistem bunyi premium 3D Bang & Olufsen.

Bagi yang berminat, Q7 hadir dalam empat warna luaran – putih (Glacier White), biru (Waitomo Blue) dan hitam (Mythos Black).
Untuk keterangan lanjut, layari www.audi.com.my .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD7330
SELANGOR
BSR1710
JOHOR
JYB3950
PULAU PINANG
PSD3423
PERAK
APJ4267
PAHANG
CFG8759
KEDAH
KGG6703
NEGERI SEMBILAN
NEK7426
KOTA KINABALU
SJS5734
KUCHING
QAB632P
Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif
Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
17-06-2025
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas
Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.
15-05-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini
Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).
18-02-2025
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan
Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.
05-02-2025
Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini
Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.
28-06-2024
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat