Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Selepas membuatkan peminat Audi saspen dengan menyiarkan imej teaser, pengeluar automotif mewah dari Jerman, Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
Pesaing kepada BMW X1 ini tampil dengan rekaan baharu dimana ia kini hadir dengan lampu hadapan dan lampu belakang berbelah (split lights). Lampu depannya yang jenis matrix LED disembunyikan manakala lampu nyalaan siang matrix LED diletakkan di bahagian atas. Sementara itu, lampu belakangnya pula dilengkapi dengan lampu bar yang bergaya.


Pendek kata, penampilan luaran model generasi ketiga ini kelihatan lebih membulat dan berlekuk berbanding sebelum ini.
Ia dipadankan dengan rim bersaiz 17-inci dan 20-inci namun saiz rim sebenarnya bergantung kepada varian.

Selain pekali seretan udara (drag coefficient) 0.30, Audi turut mengesahkan pilihan rekaan S-Line dengan bampar serta aksen perak juga akan ditawarkan.Sebaliknya, tiada perincian lanjut mengenai aspek ini.
Menjengah ruang dalamannya, Q3 baharu ini mengalami perubahan yang agak ketara kerana Audi sudah tidak menggunakan kebanyakan butang dan panel gear kerana panelnya digantikan dengan suis kecil di sebelah kanan stereng.
Apa yang menarik ialah, Audi Q3 baharu ini menampilkan panel instrumen digital 11.9-inci, skrin infotainmen 12.8-inci manakala konsol tengah hadir dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar.

Antara kelengkapan ialah sistem audio premium 12 pembesar suara Sonos, diikuti pembantu Audi berasaskan AI yang muncul sebagai avatar dalam sistem infotainmen, serta cermin depan berkaca dengan lapisan akustik untuk mengurangkan bunyi.
Audi juga menggunakan material Impressum yang diperbuat daripada 100% poliester kitar semula serta alas kaki baldu velour yang dihasilkan daripada Econyl.


Mengenai ruang but, ia seluas 488 liter, namun ia boleh dibesarkan sehingga 1,386 liter dengan merebahkan kerusi belakang.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, , Audi menawarkan pelbagai rangkaian kuasa untuk memenuhi kehendak semua para pembelinya.

Versi pertama hadir dengan enjin petrol 1.5-liter dan 2.0-liter TFSI 4-silinder hibrid ringan (MHEV), dimana masing-masing mampu menghamburkan kuasa setakat 148 HP dan 261 HP / 400 NM.


Seterusnya ialah pilihan enjin diesel 4-silinder 2.0-liter TDI dimana ia mampu menghasilkan 148 HP dan 360 NM. Tiada pacuan semua roda (AWD) quattro untuk varian diesel ini, tetapi ia ditawarkan untuk enjin petrol 2.0-liter yang lebih berkuasa.
Semua enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7-kelajuan.

Audi turut menawarkan pilihan hibrid plug-in (PHEV), yang menggabungkan enjin petrol 4-silinder 1.5-liter dengan motor elektrik dan pek bateri 19.7 kWh. Uniknya, trenkuasa ini dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.
Output keseluruhan sistem ini ialah 268 HP dan 400 NM, serta jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 120 KM. Apa yang menarik, sistem elektrik ini menyokong pengecasan DC 50 kW, dimana ia boleh dicas dari 10-80% a hanya dalam masa 30 minit.

Apa yang diketahui setakat ini, jualan Audi Q3 di Eropah dijangka bermula pada September tahun ini. Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Audi akan menghasilkan RS Q3 generasi baharu daripada model generasi ketiga ini.
Dikhabarkan,, versi elektrik sepenuhnya juga sedang dibangunkan, tetapi belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancarannya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1753
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4662
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8493
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8148
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 21 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas
Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.
15-05-2025
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K
Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.
10-04-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini
Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).
18-02-2025
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan
Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.
05-02-2025
Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini
Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.
28-06-2024
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat