Honda City Facelift 2023 Didedahkan Di India, Katanya Spec Mungkin Sama Dengan Model Yang Akan Dilancar Di Malaysia Nanti

Honda City facelift 2023 yang menerima beberapa penambahbaikan akhirnya didedahkan di India pada minggu lepas.
Buat pasaran India, Honda menambah varian baharu SV sebagai varian standard, yang diikuti dengan varian V, VX dan ZX.
Bagi pilihan rangkaian kuasa, enjin 1.5 liter petrol masih ditawarkan namun 1.5 liter turbodiesel i-DTEC sudah tiada tetapi ia digantikan dengan unit rangkaian kuasa hibrid.
Apapun untuk jentera ini, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC yang menghasilkan 119 hp dan tork 145 Nm.


Untuk makluman, versi facelift ini menerima sedikit perubahan dari bahagian luaran dimana jeriji krom pada bahagian atas bumper kini lebih nipis dan jeriji sarangnya kelihatan agak besar.

Sementara itu, jeriji pada bahagian bawah bampar juga akan besar dan bersambung terus pada perumah lampu kabus.
Begitupun, rekaan lampu hadapan masih tetap sama.


Menjengah bahagian belakangnya, terdapat diffuser dan reflektor yang kini direka melintang pada difuser serta tambahan lip spoiler pada bonet.
Sementara itu, bahagian dalamannya pula, susun aturnya kelihatan cukup kemas memandangkan ia ditawarkan dengan warna kuning air dan hitam.


Mengenai infotainmennya, Honda City 2023 dipadankan dengan paparan meter TFT 7 inci dan skrin infotainmen bersaiz 8 inci.


Ia juga didatangkan dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, pengelap cermin automatik dengan penderia, sistem pendingin hawa automatik dengan liang kabin belakang dan penuras kabin PM2.5, bumbung suria elektrik, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, pelindung cahaya matahari untuk cermin belakang manual serta pemantau tekanan angin tayar.


Ciri Keselamatan:
Honda City facelift ini hadir dengan enam beg-udara, dengan varian-varian lebih tinggi menerima sistem pemantau titik buta Honda LaneWatch, serta pakej bantuan pemanduan Honda Sensing.

Menerusi Honda Sensing, ia terdiri daripada sistem seperti brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, lampu tinggi automatik, serta dua fungsi baharu iaitu kawalan jelajah adaptif dengan low-speed follow dan amaran pergerakan kenderaan hadapan
Ia ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Radiant Red Metallic, Platinum White Pearl, Golden Brown Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Lunar Silver Metallic serta satu warna baharu Obsidian Blue Pearl.
Ia dijual pada harga bermula 1.149 juta (11.49 lakh) rupee (RM62,273) untuk varian paling asas petrol manual 1.5 SV, sehingga 2.039 juta (20.39 lakh) rupee (RM110,486) bagi model tertinggi hibrid ZX.
Di sebalik tayangan ini, adakah Malaysia akan menerima spesifikasi yang serupa dengan Honda City Facelift 2023 di India?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7364
SELANGOR
BSQ8642
JOHOR
JYY8294
PULAU PINANG
PSD1543
PERAK
APJ2704
PAHANG
CFG7958
KEDAH
KGG5430
NEGERI SEMBILAN
NEK6715
KOTA KINABALU
SJS4420
KUCHING
QAB166P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat