ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia: Hibrid Ialah Teknologi Terbaik Buat Masa Ini, Lebih Banyak Model e:HEV Akan Diperkenal

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ketika majlis bersama media yang dianjurkan Honda Malaysia minggu lalu, beberapa pengumuman penting berkenaan perancangan masa depan syarikat telah diumumkan. Pengeluar kenderaan daripada negara Jepun itu bakal melancarkan lebih banyak model hibrid kerana potensinya yang besar dalam pasaran negara.


Menurut Presiden Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, Honda Malaysia akan mengetengahkan teknologi hibrid e:HEV canggih yang telah dibangunkan kerana langkah ini dilihat lebih praktikal sebelum beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik (EV). 




"Elektrifikasi ialah trend global dan masa depan mobiliti dalam industri automotif. Oleh itu, Honda telah meningkatkan usaha pembangunan kenderaan elektrik (EV) secara progresif. Kami percaya bahawa teknologi hibrid adalah pendekatan yang tepat pada masa ini, terutamanya di Malaysia,” katanya.



Bagaimanapun, Honda Malaysia masih percaya bahawa masa depan mobiliti ialah elektrifikasi kerana syarikat tersebut turut merancang untuk menghasilkan EV pada masa akan datang. 


“Kami mahu memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi dengan teknologi paling praktikal dan relevan sebelum menggunakan EV sepenuhnya,” tambah Sarly. 




Sejajar dengan rancangan Honda untuk menggunakan dan meneroka potensi teknologi hibrid di negara ini, Honda Malaysia bakal memperkenalkan lebih banyak model hibrid yang kini merupakan salah satu daripada tiga tonggak utama Honda bagi model baharu –  Teknologi Termaju, Tawaran Premium dan Gaya Sporty. 




Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mempromosikan teknologi hibrid adalah dengan melengkapkan model tertinggi keluaran syarikat, varian RS, dengan trenkuasa hibrid e:HEV kitaran Atkinson. Langkah ini adalah selaras dengan tonggak utama Honda yang mana ‘tawaran premium’ dan ‘gaya sporty’ varian tersebut digabungkan dengan teknologi hibrid yang canggih. 




Buat masa ini, kesemua model keluaran Honda Malaysia, kecuali sedan Accord dan SUV CR-V, turut ditawarkan dengan varian hibrid e:HEV, model terkini ialah Honda Civic 2.0 e:HEV RS yang diperkenalkan tahun lepas. 




Bagaimanapun, ekoran krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor yang melanda dunia, rancangan ini mungkin tidak dapat berjalan selancar yang diharapkan.




Mengulas mengenai perkara ini, Koordinator Eksekutif Honda Malaysia, Yujiro Sugino berkata isu ini menyebabkan syarikat terpaksa menunda penghantaran model hibrid. Situasi ini tidak dapat dielakkan kerana teknologi canggih yang digunakan dalam pembangunan trenkuasa e:HEV Honda, memerlukan lebih banyak komponen semikonduktor supaya dapat berfungsi. Ini secara tidak langsung, memberi kesan kepada tempoh menunggu model hibrid Honda.


Tambahnya, Honda Malaysia melakukan yang terbaik untuk memenuhi tempahan tertunggak yang diterima sebelum pengecualian SST berakhir menjelang akhir bulan ini. 









Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA6207

SELANGOR

BSQ4281

JOHOR

JYX4741

PULAU PINANG

PSC5767

PERAK

APH7560

PAHANG

CFG6287

KEDAH

KGG2483

NEGERI SEMBILAN

NEK5154

KOTA KINABALU

SJS1284

KUCHING

QAB9045N

Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

13-02-2026
Global

12-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Global

19-01-2026
Global

16-01-2026
Global

26-12-2025
Global

19-12-2025
Berita Auto

19-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.