ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jaguar I-Pace Kini Ada Di M'sia, Harga Bermula RM460K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Buat julung kalinya, Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan secara rasminya, kenderaan utiliti premium sport (SUV) elektrik  sepenuhnya, Jaguar I-PACE di bilik pamerannya di Ara Damansara, Petaling Jaya pagi tadi.

SUV mewah ini hadir dalam dua varian, LE dan HSE dimana harga bermula LE ialah RM460,800 manakala HSE pula RM498,800.

Apa yang beza di antara kedua-dua varian ialah ciri suspensi udara, sistem bunyi Meridien dan tempat duduk sports bagi versi HSE.


Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffry Gan berkata, pihaknya akan terus menyokong usaha kerajaan ke arah mencapai pengangkutan rendah karbon dengan meluaskan portfolio  kenderaan elektrik.

“Jaguar I-Pace adalah satu kejayaan buat kami dalam menerokai elektrifikasi selain strategi untuk mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju EV.

“Kami yakin SUV premium bertraf dunia ini akan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran tempatan,” katanya.


Untuk pengetahuan anda, Jaguar I-Pace yang didatangkan dengan ciri-ciri praktikal dalam reka bentuk kotemporari telah memenangi lebih 80 anugerah di peringkat global termasuk Kereta Terbaik Dunia, Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia dan Kereta Hijau Dunia.

Manakan tidak, SUV ini dilihat cukup mewah selain sarat dengan teknologi dan inovasi terkini.


Kedua-dua varian itu menggunakan dua unit motor elektrik rekaan Jaguar yang dipasang pada setiap gandar. Motor itu mampu menghasilkan kuasa gabungan mencecah  395 hp dan tork 696Nm.

SUV ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.8 manakala daya pecutannya 400m pula sekitar 12.4 saat.


Apa yang cukup menarik ia mampu meredah air sedalam 500mm.

Mengenai baterinua, ia dilengkapi dengan  bateri berkapasiti 90kWj. Untuk itu,  I-PACE mampu menawarkan jarak gerak sehingga 470mkm dengan sekali cas.

Apa yang cukup menarik ialah para pelanggan boleh menikmati kadar pengecasan lebih pantas apabila disambungkan ke wallbox 11kW dengan jarak 53km dicapai dalam sejam.


Sementara itu, kadar pengecasan dari sifar kepada penuh dalam masa 8.6 jam, sekali gus membolehkan kereta dicas semalaman di rumah. 

Menjengah bahagian dalamannya pula, kabinnya cukup luas dan memiliki gaya tersendiri dimana ia memberi keseimbangan paling sempurna antara kereta sport klasik Jaguar.


Hasil sentuhannya juga dilihat cukup mewah.


Melihat bahagian papan pemukanya, ia terdiri daripada kluster instrumen definisi tinggi bersaiz 12.3 inci, skrin sentuh atas dan bawah 10 inci yang memaparkan kawalan putaran haptik berbilang fungsi, serta grafik yang kemas dan terang untuk memberi pengalaman yang intuitif. 


Melihat jentera ini, ia sememangnya direka bentuk dengan mengambil kira pengalaman pemandu, ruang dalaman kereta dilengkapi teknologi inovatif, termasuk sistem infohibur Pivi Pro dipacu pemproses terkini yang boleh dihidupkan dengan pantas.  


Menyentuh mengenai ruang butnya pula, ia dilihat cukup besar dan anda mampu menyumbat pelbagai barangan anda. Ini kerana ia seluas 656 liter (L)  namun jika kerusi belakang direbahkan, saiznya mencecah sehingga 1,453L. 


Apapun dengan adanya inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pengguna EV, nampaknya bagi yang mampu, anda boleh memiliki Jaguar I-Pace pada harga yang cukup berpatutan.

Ia didatangkan dengan tempoh waranti lima tahun atau 150,000 kilometer dan khidmat bantuan tepi jalan tiga tahun .

Ini termasuk servis percuma sehingga lima tahun atau 120,000 kilometer serta waranti bateri kenderaan elektrik pula diberikan sehingga lapan tahun atau 160,000 km.


Jaguar Land Rover Malaysia juga memberikan kredit percuma sebanyak RM1,000 menerusi aplikasi DC GoToU bagi tempahan yang diterima dalam tempoh pelancaran sehingga 28 Mei ini.

Untuk makluman anda, tempahan SUV elektrik ini boleh dibuat di bilik pameran Jaguar di Ara Damansara dan Pulau Pinang.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di  jaguar.com.my.


Anda juga boleh datang ke bilik pameran Jaguar Land Rover di Ara Damansara pada hari esok. Untuk keterangan lanjut, layari https://www.jaguar .com.my.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol

Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol

Para pemilik Jaguar I-PACE yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth.

30-11-2023
EV
Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.

23-03-2022

Berita Terkini

EV
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV
Berapa Harga Perodua QV-E?

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.