Kembar Axia, Ayla, Agya Dilancar Di Indonesia

Dua kembar Perodua Axia 2023, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya ditayangkan secara umum pada pameran Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) di Indonesia kelmarin.
Di sebalik pelancaran kedua-dua model itu, mungkin ada pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ayla dan Agya.

AYLA
Bermula dengan Daihatsu Ayla, ia hadir dalam lima varian iaitu 1.0 M MT dijual pada harga 134 juta rupiah (RM39K), diikutiAyla 1.0 X MT berharga.146.9 juta rupiah (RM43K), Ayla 1.0 X CVT berharga 166.9 juta rupiah (RM49K), Ayla 1.2 R MT berharga 164 juta rupiah (RM48K) dan varian tertinggi Ayla 1.2 R CVT berharga 184 juta rupiah (RM54K).
Kesemua model yang dipadankan dengan 1.0 liter menerima enjin 1KR-VE tiga silinder berkuasa 66hp dan tork 89 Nm manakala, model 1.2 liter pula menerima enjin baharu WA-VE tiga-silinder DOHC Dual VVT-i. Model ini pula mampu menghasilkan kuasa 87 hp dan tork 113 Nm.

Trenkuasanya dipadankan dengan kotak gear D-CVT automatik atau transmisi manual lima-kelajuan.
PENGGAYAAN:
Ayla mempunyai rupa yang hampir sama dengan Axia baharu,namun apa yang dibezakan ialah lencana kedua-dua jenama itu.


Dari segi bamparnya, kemasan palang jeriji hadir dengan tekstur timbul dan bukannya seperti trim hitam Perodua Axia.
Bagi varian biasa, Ayla dipadankan dengan roda 13 inci manakala varian tertinggi pula roda 14 inci.
Malah, pengedar rasmi Daihatsu di Indonesia, Astra Daihatsu Motors (ADM) turut menawarkan pakej penggayaan Astra Daihatsu Styling (ADS) untuk Ayla baharu ini.

Antara kelengkapan lain ialah bahagian bampar hadir dengan lampu nyalaan siang LED bersama perumah berbentuk-T, serta lips hadapan selain pelekat ADS diletak pada lips hadapan dan juga sisi badan, serta kemasan pada lampu belakang.
Selain itu, semua varian Ayla didatangkan dengan tempat duduk fabrik, terdapat paparan pelbagai maklumat, empat pembesar suara dan pemegang cawan di bahagian belakang.

Namun lain pula bagi varian R kerana ia menerima skrin sesentuh tujuh-inci untuk sistem infotainmen. sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, panel kawalan digital untuk sistem penghawa dingin manual,
Berbanding dengan Axia, nampaknya Ayla tidak menerima begitu banyak ciri keselamatan. Sedangkan tiada satu varian Ayla hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
Bagaimanapun, varian X dan R sahaja yang menampilkan beberapa ciri keselamatan aktif sebagai standard seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Agihan Brek Elektronik ( EBD ) dan Bantuan Mula Daki (HSA).
Apa yang mendukacitakan, tiada satu pun varian datang dengan enam beg udara seperti mana yang ditawarkan varian Perodua Axia AV.
Varian AV Axia adalah antara terbaik walaupun ditawarkan pada harga yang agak keras namun berbaloi.
AGYA
Toyota Astra Motor (TAM) menawarkan Agya dalam tiga varian dan salah satunya adalah varian GR-Sport.


Berikut adalah variannya:
• Varian E (RM48,980)
• Varian G (RM51,167)
• Varian GR-Sport (RM69,279)
Berbeza dengan Ayla, Toyota Agya didatangkan dengan pilihan rangkaian kuasa tunggal untuk keseluruhan barisan, WA-VE 1.2 liter, tiga silinder .
Enjin itu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 87hp dan tork 113Nm yang disalurkan melalui transmisi D-CVT. Agya 2023 juga ditawarkan dengan pilihan kotak gear manual lima kelajuan.
Biarpun, semua varian mempunyai trenkuasa yang sama namun varian GR-Sport diberikan peningkatan prestasi tambahan dalam bentuk penalaan yang lebih sporty untuk suspensi dan stereng.


Secara visual, Agya memaparkan bahagian belakang yang serupa dengan Axia, manakala perbezaan besar dapat dilihat pada bahagian hadapannya.
Bahagian hadapannya menampilkan jeriji berbentuk heksagon yang disambungkan ke bahagian bawah masuk dengan palang hitam tebal.


Walaupun lampu utama LED seakan sama dengan Axia namun Agya sebenarnya menampilkan lampu nyalaan siang jenis LED yang dipasang secara menegak yang terletak di kedua-dua sudut hadapan.


Agya GR Sport juga didatangkan dengan skirting sisi, spoiler belakang lebih besar berwarna hitam, bumbung berwarna hitam dan kemasan hitam berkilat pada cermin sisi.
Model standard dipadankan dengan rim aloi berwarna perak bersaiz 14-inci seperti Axia, manakala model GR Sport diberikan rim aloi lebih besar lima-jejari berkembar dua-tona. Untuk bahagian sisi, terdapat garisan sisi yang sama seperti Axia D74A.

Menjengah bahagian dalamannya, kesemua varian Agya menerima panel kawalan digital untuk penghawa dingin, paparan infotainmen 7 inci, paparan pelbagai info, serta pelarasan untuk stereng.
Bukan itu sahaja, spesifikasi GR-S ditingkatkan lagi dengan kabin Agya yang agak mewah kerana dilengkapi dengan tempat duduk GR eksklusif, skrin infotainmen 8-inci dengan fungsi kamera undur, paparan pemandu TFT 7-inci, pad pengecas tanpa wayar, stereng kulit dan tombol gear, kemasukan tanpa kunci, perakam video digital on-board (DVR), serta sistem telematik T Intouch.
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Dari segi ciri keselamatan, Agya secara standard didatangkan VSC, ABS, EBD, HSA,sensor parkir undur, dua beg udara, ISOFIX dan amaran tali pinggang keledar.

Sama seperti Ayla, Agya juga tidak didatangkan dengan ADAS.
Pendek kata, penulis menganggap bagi sesiapa yang sudah menempah Perodua Axia 2023, nampaknya anda membuat pilihan tepat.
Bukan semua pengeluar kereta sanggup menawarkan ciri-ciri canggih pada harga yang cukup berpatutan.
Tetapi apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4873
SELANGOR
BSN7518
JOHOR
JYU1156
PULAU PINANG
PSB1146
PERAK
APG3783
PAHANG
CFG456
KEDAH
KGF335
NEGERI SEMBILAN
NEJ9230
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4958N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Raja Kereta Bajet Bawah RM50,000 Tahun 2026: Saga, Bezza Atau Axia?
Menjelang tahun 2026, persaingan menjadi lebih sengit dengan kehadiran Proton Saga MC3 (2026) yang menawarkan peningkatan ketara berbanding versi terdahulu. Jadi sejauh mana Proton Saga boleh mengalahkan pesaingnya, Bezza dan Axia?
08-12-2025
SUARA PENULIS: Nak Beli Kereta Baharu, Baca Ini!
Tahun 2024, mungkin sudah ramai yang sudah memasang niat untuk membeli kereta idaman mereka? Betul ke.
05-01-2024
Ramai Betul Minat Kereta PERODUA!
Kira-lira 4.5 juta kereta PERODUA berada di jalan raya Malaysia sejak 1994 hingga Jun tahun ini.
15-08-2023
Perodua Axia 2023, Lebih Besar, Lebih Canggih Sebab Itu Lebih Mahal
Pada minggu lepas penulis berpeluang menikmati pemanduan Perodua Axia 2023 selama tiga hari bagi menyelami jentera ini dengan lebih mendalam.
16-03-2023
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
14-03-2023
Generasi Seterus Perodua Bezza "MUNGKIN" Macam Ini?
Perodua mungkin akan melancarkan Perodua Bezza 2023 pada tahun ini.
15-02-2023
Belum Sebulan, Perodua Axia 2023 Terima 20,100! Serahan Kepada 2,900 Pelanggan Terawal Bermula
Axia keluaran 2023 ini telah menerima sejumlah 20,100 tempahan sejak tempahannya dibuka pada penghujung Januari lalu.
14-02-2023
Berita Terkini
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat