Kia Sorento 2023, Ada 3 Varian, 2 Pilihan Enjin

Anak syarikat Bermaz Auto Alliance, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd melancarkan Kia Sorento 2023 versi pemasangan tempatan (CKD) pada minggu lepas.
SUV tiga barisan tempat duduk ini didatangkan dengan tiga pilihan varian dan dijual bermula dari harga RM211,498.
Ia dikuasakan dengan enjin 2.5L ‘Smartstream’ dimana ia mampu menghamburkan setakat 177 hp, tork232 Nm) manakala enjin 2.2L ‘Smartstream’ diesel pula (199 hp /440 Nm).

Bagi enjin petrol ia dilengkapi dengan transmisi automatik 6 kelajuan, manakala varian dengan enjin diesel pula menerima transmisi 8 kelajuan double-clutch transmission (8DCT) baharu.
Sementara itu, varian 2.2L diesel ‘Smartstream’ AWD serba baharu juga menampilkan ‘Terrain Mode’ yang meningkatkan daya tarikan, kestabilan dan kawalan pada lumpur, salji dan pasir.



Model ini juga hadir dengan dua jenis susunan tempat duduk mengikut varian, bermula dengan varian 2.5L 2WD 7-seater, varian 2.5L AWD 6-seater dan varian 2.2L Diesel AWD 6-seater.
Luaran:


Model kali ini kelihatan agak besar memandangkan ukuran dimensinya kini sepanjang 4,810 meter, 1,900 mm lebar, 1,700 mm tinggi dan 2,815 mm jarak roda.
Melihat kepada lampu hadapannya, ia dilengkapi dengan lampu hadapan yang lebih tajam manakala grilnya pula kelihatan seolah-olah muncung hidung harimau.
Beralih ke arah belakang, lampu belakang jenis dilihat menegak dan terpisah.


Dalaman:
Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.25 inci yang disambung bersebelahan dengan skrin kluster instrumen bersaiz 12.3 inci.

Malah, sistem infotainmennya juga dilengkapi dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto serta sambungan Bluetooth.
Antara kelengkapan lain pengecas telefon pintar tanpa wayar terletak di bahagian bawah konsol tengah dan terdapat juga sistem bunyi sekeliling BOSE®.


Ciri-ciri keselamatan:
Bagi semua varian, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) termasuk 6 beg udara SRS (Pemandu & Penumpang Depan, Sisi dan Langsir), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Amaran Titik Buta dan Bantuan Brek (BA).
Terdapat juga Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Melintas Belakang (RCCA), Bantuan Mengelak-Perlanggaran Titik Buta (BCA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Brek Pelbagai-pelanggaran Kawalan Bantuan Mula-Bukit (HAC).

Difahamkan bagi varian 2.5L AWD 6-seater dan varian 2.2L Diesel AWD 6-seater pula, ia akan didatangkan dengan Bantuan Suluh Tinggi (HBA), Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW), BCA dan Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM).
Terdapat juga Bantuan Mengikut Lorong (LFA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA) dan Amaran Tumpuan Pemandu (DAW).
Sorento ini ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl, Sonic Silver dan Jet Black.

Kia Sorento 2023 akan ditawarkan bermula dari RM211,498 untuk varian 2.5L 2WD 7-seater, RM235,498 untuk varian 2.5L AWD 6-seater dan RM255.228 untuk varian tertingginya iaitu 2.2L Diesel AWD 6-seater.
Harga yang ditawarkan itu juga termasuk dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun bersama tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terdahulu.
Ia juga didatangkan dengan Penyelenggaraan Berjadual Percuma 5 Tahun, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terdahulu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge