Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor

Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, Jetour Dashing dan VT9,di fasiliti pemasangan Berjaya Assembly Sdn. Bhd. (B-Assembly) yang terletak di Tampoi, Johor Bahru.
Operasi pemasangan tempatan ini dijalankan di fasiliti B-Assembly seluas 640,000 kaki persegi yang memiliki seramai lebih 100 orang tenaga kerja. Fasiliti tersebut memberi tumpuan kepada pemasangan model JETOUR Dashing dan VT9.
Kedua-dua model itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di Malaysia. Model Dashing direka untuk gaya hidup urban dengan rekaan fastback dan ciri pintar, manakala VT9 pula disasarkan untuk kegunaan seisi keluarga dan perjalanan jarak jauh.
Setakat ini, lebih 1,000 unit telah dihasilkan di fasiliti tersebut, dengan penghantaran JETOUR Dashing pemasangan tempatan bermula pada Jun 2025 dan kemudian diikuti dengan model VT9.


Sementara itu, Naib Presiden JETOUR International, Wen Qiangkang menyifatkankan pencapaian penting itu mencerminkan keyakinan pasaran strategik untuk Jetour di Malaysia.
"Pemasangan tempatan bagi model Dashing dan VT9 bukan sahaja hanya satu kemajuan dari segi pengeluaran, malah merupakan pelaburan besar dalam bakat, inovasi, dan potensi mobiliti di rantau ini pada masa akan datang,” katanya.
Sejak pelancaran rasmi barisan produk pertama di Malaysia pada tahun 2025, JETOUR telah berkembang pesat dengan lebih daripada 20 cawangan di seluruh negara.
Pemasangan tempatan ini menandakan detik penting dalam usaha mempercepatkan usaha pemerolehan tempatan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, selain mempercepatkan masa penghantaran, serta meningkatkan kepuasan pelanggan menerusi penawaran nilai tambah kepada pengguna di Malaysia.

Pada masa hadapan, JETOUR merancang untuk melabur sekitar RM1.4 bilion di Malaysia bagi menyokong pelancaran lebih banyak model pemasangan tempatan, dan turut merancang pengeluaran eksport ke negara-negara jiran di rantau ASEAN.
Malah, Jetour bakal memperkenalkan beberapa lagi model baharu yang akan dipasang di Malaysia dan mempercepatkan usahanya untuk menembusi pasaran ASEAN dalam masa terdekat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
