ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Revuelto: HPEV V12 1,000 HP Didedahkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Syarikat pengeluar kereta sport mewah dari negara Itali, Lamborghini, kini telah secara rasminya memasuki era baharu, era elektrik dengan pendedahan model V12 terkini, Lamborghini Revuelto LB744 yang digelar Kenderaan Elektrik Berprestasi Tinggi (HPEV). 


Revuelto diberi nama sempena seekor lembu jantan yang terkenal dalam arena laga lembu di Barcelona pada tahun 1880-an. 





Lamborghini masih  mengekalkan tradisi melalui penggunaan enjin V12 namun kali ini dinaiktaraf dengan teknologi elektrik bagi meningkatkan kuasa dan prestasi kereta. Penggunaan teknologi elektrik membuatkan jenamanya kekal relevan dalam dunia masa kini dengan peraturan emisi yang semakin ketat. 




Revuelto menggunakan enjin V12 6.5L yang digabungkan dengan transmisi DCT 8-kelajuan yang dipasang di bahagian belakang. Tidak lagi menggunakan turbo, kali ini enjin digandingkan dengan tiga motor elektrik – satu pada bahagian transmisi dan dua lagi ialah motor ‘Axial Flux’ yang dipasang pada roda hadapan.




Enjin V12 yang digunakan menyalurkan kuasa setinggi 814 hp dengan tambahan 190 hp daripada sistem elektrik, menjadikan kuasa keseluruhan yang mampu dicapai 1,001 hp. Satu-satunya model keluaran Lamborghini yang menjangkau lebih 1,000 hp. 





Dengan kuasa tork setinggi 725 Nm serta transmisi DCT 8-kelajuan yang menggerakkan kesemua empat roda, Lamborghini mengatakan Revuelto boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.5 saat dan 0-200 km/j dalam 7.0 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 349 km/j.




Sistem elektriknya dikuasakan oleh pek bateri litium-ion 3.8 kWh. Bateri boleh dicas penuh dengan pengecas 7 kW dalam masa hanya 30 minit. Motor belakang pula boleh dicas penuh dalam masa hanya 6 minit. Dengan kuasa elektrik sepenuhnya, model ini boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 10 km. 


Casis yang digunakan ialah jenis monocoque (unibody/kerangka tunggal) yang diperbuat daripada gentian karbon untuk badan yang lebih ringan, kukuh dan selamat. Selain itu, ia turut menawarkan 13 mod pemanduan berbeza yang membolehkan Revuelto digunakan dalam pelbagai situasi dan tujuan pemanduan. 


Dari segi rekaan, Revuelto tampil dengan rekaan bahagian hadapan yang tajam dengan bentuk DRL LED yang menonjol, lampu depan dan belakang matriks, elemen aerodinamik pada pelbagai sudut kereta, reka bentuk yang menarik pada liang kemasukan udara dan keseluruhan sudut belakang, serta kedudukan corong ekzos yang kini lebih tinggi. 





Bergerak ke bahagian dalam, Lamborghini memberikan Revuelto sentuhan istimewa seperti penggunaan stereng dalam reka bentuk baharu, tiga skrin yang merangkumi instrumen digital 12.3 inci, unit infotainmen bersaiz 8.4 inci, dan akhir sekali paparan interaktif untuk penumpang yang bersaiz 9.1 inci. 




Dari segi keselamatan, buat pertama kalinya untuk supercar Lamborghini, Revuelto hadir dengan pakej keselamatan yang lengkap. Model ini dilengkapi bantuan aktif dan termaju ADAS yang merangkumi teknologi seperti amaran keluar lorong, pemantau titik buta, kawalan jelajah adaptif dan amaran lintasan trafik belakang.


Buat masa ini, Lamborghini masih belum mendedahkan harga jualannya, namun ia dianggarkan bermula dari AS$650,000 (kira-kira RM2.88 juta).


Apa pendapat anda mengenai pengganti Aventador ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah. 




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4238

SELANGOR

BST7549

JOHOR

JE3918J

PULAU PINANG

PSF6029

PERAK

APL5208

PAHANG

CFH7543

KEDAH

KGJ1430

NEGERI SEMBILAN

NEL8759

KOTA KINABALU

SJU1567

KUCHING

QAB5763P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

10-09-2026
Tips

10-03-2026
Kereta Baru

29-01-2026
Global

05-01-2026
Berita Auto

25-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Global

04-06-2025

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.