Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Chery Malaysia akhirnya telah membuka tempahan untuk dua model terbaharunya, Chery Tiggo 7 dan 8 CSH, baru-baru ini.
Untuk makluman, Tiggo 7 dan 8 PHEV akan menjadi model pertama yang menggunakan sistem trenkuasa hibrid khas milik jenama itu sendiri, iaitu Chery Super Hybrid (CSH).
Sistem itu dipacu oleh enjin 1.5L Turbocharged Dedicated Hybrid yang mencatatkan kecekapan termal setinggi 44.5 peratus, antara yang tertinggi dalam industri automotif.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 154 Hp dan 220 Nm.


Ia yang hadir dengan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) Super Hybrid digabungkan dengan dua motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 201hp dan 310 Nm.
Secara keseluruhan, sistem ini menghasilkan kuasa sebanyak 342 hp dan 525 Nm dimana kesemuanya dihantar ke roda hadapan, sekali gus membolehkan pecutan 0-100 km/hanya dalam masa 4.26 saat.
Malah, Chery menegaskan bahawa kecekapan adalah matlamat utama bagi sistem CSH ini, dengan pek bateri LFP 18.3-kWh mampu memberikan jarak pemanduan elektrik tulen sehingga 95 km.

Digabungkan dengan tangki minyak berkapasiti 60 liter, keseluruhan sistem CSH menjanjikan jarak pemanduan menyeluruh sehingga 1,200 km untuk kedua-dua Tiggo 7 dan 8 CSH, dengan penggunaan bahan api sebanyak 4.9 liter bagi setiap 100 km.

Seperti kebanyakan PHEV moden, kedua-dua model T7 dan T8 CSH menyokong kaedah pengecasan AC dan DC, di mana pengecasan pantas DC membolehkan bateri dicas daripada 30% ke 80% hanya dalam masa 19 minit. Sebagai alternatif, pengecas tiga-pin biasa mampu mengecas penuh dalam masa 8.5 jam.
Dari segi keselamatan, Chery mendakwa bahawa pek bateri ini diperakui IP68, bermaksud ia bukan sahaja kalis habuk dan air, malah mampu menahan suhu sehingga 95 darjah Celsius.
Untuk membuktikan ketahanannya, Chery telah menguji pek bateri ini dengan pelbagai cabaran di seluruh dunia, termasuk direndam dalam air laut selama lebih 53 jam di Indonesia serta diuji geseran di Mexico.


Tempahan untuk Chery Tiggo 7 dan 8 CSH kini boleh dibuat melalui laman web rasmi Chery Malaysia manakala pelancaran rasminya dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Berita Terkini
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

