Maybank Tawar Pembiayaan Bersepadu Pertama EV, Hibrid

Malayan Banking Berhad (Maybank) telah mengumumkan penawaran pembiayaan kenderaan bersepadu pertama seumpamanya untuk pelanggan yang ingin membeli kenderaan elektrik (EV) dan hibrid. Pembiayaan yang diperkenalkan merangkumi pelbagai aspek termasuk kemudahan pembiayaan holistik, perlindungan insurans dan takaful serta keistimewaan pengecasan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata pembiayaan ini ditawarkan tepat pada masanya sebagai solusi kepada orang ramai yang kian peka terhadap alam sekitar.
Inisiatif kami juga menyokong visi kerajaan untuk meningkatkan bahagian pasaran EV kepada 38 peratus menjelang 2040 melalui Aspirasi Karbon Rendah Negara di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040," katanya dalam satu kenyataan.
INFRASTRUKTUR PENGECASAN EV MAYBANK
Komitmen organisasi terhadap kemampanan tidak terhenti di situ, Maybank Islamic kini merupakan penyedia kewangan pertama negara yang memulakan lanskap infrastruktur pengecasan EV setelah beberapa stesen pengecas EV kini disediakan di Dataran Maybank, Kuala Lumpur Golf & Country Club dan Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur.

Untuk mengukuhkan lagi ekosistem EV dan menggalakkan peralihan kepada EV dan hibrid, beberapa lagi stesen pengecas akan dibuka di sekitar Lembah Klang dan negeri lain di Semenanjung Malaysia menjelang bulan Disember 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata, pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran dan faedah daripada program keahlian pembiayaan Kenderaan Elektrik Maybank Islamic, InCharge, yang menawarkan rebat apabila menggunakan stesen pengecasan milik Maybank Islamic dan semua stesen pengecasan lain melalui aplikasi ParkEasy.
"Matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat, dan selaras dengan misi kumpulan untuk 'Menginsankan Perkhidmatan Kewangan', Maybank Islamic akan memperuntukkan hasil yang dikutip daripada penggunaan stesen pengecasan EV untuk disumbang kepada inisiatif impak sosial yang telah dikenal pasti," tambahnya.
INSURANS UNTUK PENGECAS EV DI RUMAH
Pada Oktober tahun lalu, Etiqa telah memperkenalkan perlindungan insurans dan takaful pertama negara bagi pengecas EV yang dipasang di rumah.
Perlindungan ini ditawarkan sebagai tambahan percuma kepada polisi atau sijil kereta persendirian Etiqa untuk kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) atau Kenderaan Elektrik Hibrid (PHEV) yang baru didaftarkan.

Sebagai alternatif, perlindungan kendiri untuk pengecas rumah EV di bawah pelan Insurans dan Takaful Risiko Penuh juga tersedia untuk pemilik EV yang telah membeli pengecas dinding rumah EV secara berasingan daripada insurans dan takaful motor baharu mereka.
Sumber: Berita Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat