Hyundai Reka Robot Pengecas EV, Inovasi Hebat Untuk Pemilik EV Yang 'Malas'

Dalam kita memberi tumpuan kepada teknologi kenderaan elektrik (EV) yang semakin lama semakin canggih, dengan jarak perjalanan yang semakin jauh, reka bentuk EV yang kian menarik, dan pilihannya dalam pasaran yang semakin banyak, aspek lain dunia EV, iaitu teknologi fasiliti pengecasannya turut melalui evolusi.
Baru-baru ini, syarikat automotif Korea Selatan, Hyundai, telah memperkenalkan teknologi pengecas EV baharu dalam bentuk robot satu lengan untuk membolehkan proses pengecasan dilakukan secara automatik.



Robot pengecasan automatik (ACR) yang dibangunkan ini beroperasi menggunakan teknologi AI berasaskan kamera 3D. Menurut Hyundai, robot ini boleh menjalankan tugasan di dalam pelbagai jenis persekitaran, tanpa mengira lokasi, cuaca mahupun halangan yang berpotensi berlaku.
Ketua bahagian Robotics Lab, Hyundai Motor Group, Dong Jin Hyun berkata, “ACR akan membantu membuatkan pengecasan EV lebih mudah, terutamanya dalam persekitaran gelap. Ia boleh meningkatkan akses, terutamanya bagi mereka yang mempunyai halangan pergerakan, kerana kabel pengecas kini semakin tebal dan berat untuk membolehkan pengecasan berkelajuan tinggi.
“Kami akan terus membangunkan ACR untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan [penggunaannya], supaya tidak lama lagi semua pengguna EV dapat menggunakannya di stesen pengecasan,” tambahnya.
Teknologi yang dihasilkan Hyundai ini kedengaran canggih bukan? Masih tak dapat membayangkan bagaimana teknologi ACR ini berfungsi? Anda boleh menonton video ini:
Video menunjukkan bagaimana sebuah Ioniq 6 memasuki parkir pengecas EV ACR secara autonomi. Sebaik Ioniq 6 memasuki petak parkir, ACR akan menghantar signal kepada kenderaan untuk membuka port pengecas sebelum lengan robotik bergerak untuk menyambungkan plug pada port tersebut bagi memulakan pengecasan.


Sebaik kereta dicas penuh, lengan robotik tersebut akan dicabut secara automatik daripada port pengecas kereta, dan memberi notifikasi kepada pemilik kenderaan untuk mengambil kenderaan daripada ruang parkir.


Teknologi ini masih lagi dalam proses pembangunan untuk menjadikannya lebih selamat dan mudah digunakan. Menghasilkan sebuah robot yang boleh membuat pergerakan sendiri semasa mengecas EV kedengaran tidak begitu rumit, namun, masih banyak data yang diperlukan dan kemungkinan yang perlu dikaji seperti kedudukan kenderaan yang pelbagai, bentuk badan kereta yang tidak sama dan banyak lagi.

Berbeza dengan robot yang digunakan untuk pemasangan kenderaan di kilang-kilang automotif, ACR yang dihasilkan Hyundai hadir dalam bentuk badan yang ringkas dan kompak.
Hyundai dijangka akan mendemonstrasikan teknologi pengecasan EV ini semasa Pameran Mobiliti Seoul 2023 yang akan diadakan pada 31 Mac hingga 9 April nanti.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Johor Akan Wujudkan Mekanisme Galak Penggunaan EV
Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan mekanisme bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV).
23-03-2023
Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia
Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.
17-03-2023
GWM Malaysia & MITI Berkolaborasi, ORA GOOD CAT 500 Ultra Digunakan Untuk Kajian Pengangkutan
ORA GOOD CAT 500 Ultra akan digunakan dalam beberapa siri pandu uji kenderaan elektrik (EV) yang akan dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
09-03-2023
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat