MMM Kini Ada Di Kedah, Satu Lagi Di Langkawi

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) merasmikan pembukaan dua pusat 3S (menawarkan jualan, servis dan alat ganti) yang terletak di Alor Setar, Kedah dan Pulau Langkawi.
Buat masa ini, kedua-dua pusat 3S yang dikendalikan oleh JM Auto Gallery merupakan bilik pameran terbesar MMM di bahagian Utara.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, pengedar JM Auto Gallery merupakan salah satu penyumbang kepada prestasi jualan MMM.
“Sepanjang tempoh Januari hingga Disember lalu, terdapat peningkatan jualan sebanyak 37.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Untuk makluman, pusat 3S Alor Setar dibina di atas keluasan tanah sekitar 10,000 kaki persegi, manakala Pusat 3S Langkawi pula 2,300 kaki persegi,
Seperti biasa, kedua-dua fasiliti ini menawarkan kemudahan yang selesa untuk para pelanggan termasuklah Wi-Fi, dan ruang untuk kanak-kanak.
Difahamkan, pusat 3S di Alor Setar menawarkan lapan ruang servis bagi memenuhi keperluan di sekitar kawasan tersebut.

Sehubungan itu, bagi yang mahu mengunjungi pusat 3S MMM di Alor Setar, ia terletak di Lot 10201B, Kampung Batin Mergong.
Bagi pusat 3S di Langkawi pula, ia terletak di No. 68, Pusat Perniagaan Kelana Mas Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Kedua-dua fasiliti ini dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8932
SELANGOR
BSU5431
JOHOR
JG2104J
PULAU PINANG
PSG6473
PERAK
APM4230
PAHANG
CFJ1906
KEDAH
KGJ5452
NEGERI SEMBILAN
NEM3609
KOTA KINABALU
SJU6463
KUCHING
QAB8024P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge