- Berita
- Berita Auto
- Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023
Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023
Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia En. Sarly Adle Sarkum membentangkan hala tuju perniagaan strategik syarika bagi tahun 2023
Honda Malaysia baru-baru ini telah membentangkan hala tuju perniagaan strategik syarikat itu bagi tahun 2023 semasa acara sambutan ulang tahun syarikat yang ke-75. Angka jualan yang disasarkan tahun ini ialah 80,000 unit kenderaan dengan penguasaan pasaran sebanyak 12.3%.

Syarikat tersebut yakin sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan pengenalan tiga model baharu serta sebuah model facelift untuk pasaran Malaysia tahun ini. Menurut Honda, salah satu model yang akan dilancarkan tidak lama lagi ialah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

SUV yang hadir dengan visual yang lebih berani, dilengkapi pelbagai teknologi terkini, praktikal dan selesa ini disasarkan kepada golongan muda dan yang sudah berkeluarga.

-full_normal.jpg)
Honda Thailand baru-baru ini telah melancarkan SUV kompak, WR-V, mungkinkah ini SUV yang dimaksudkan Honda Malaysia?
Berucap dalam majlis tersebut, Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia En. Sarly Adle Sarkum berkata, “2023 menandakan satu kejayaan besar bagi kami apabila Honda menyambut ulang tahun ke-75. Meneruskan Challenging Spirit yang tertanam dalam diri kami sejak penubuhan Syarikat, Honda Malaysia berusaha untuk mempercepatkan momentum kami tahun ini melalui pelancaran model baharu dan aktiviti pemasaran.
Tambahnya lagi, demi memperkukuhkan kedudukan dan identiti syarikat dalam pasaran, Honda akan memberi tumpuan kepada tiga aspek penting dalam model yang akan dilancarkan tahun ini iaitu penggunaan Teknologi Termaju, Tawaran Premium dan Gaya Sporty. Kombinasi ketiga-tiga aspek ini dapat menjadi daya penarik kereta keluaran Honda sekaligus mengangkat status kesemua model ini dalam segmen masing-masing.

Honda Malaysia akan mengetengahkan teknologi hibrid e:HEV canggih yang dibangunkannya, langkah yang dilihat lebih praktikal sebelum beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik (EV).

Sarly berkata, "Elektrifikasi ialah trend global dan masa depan mobiliti dalam industri automotif. Oleh itu, Honda telah meningkatkan usaha pembangunan kenderaan elektrik (EV) secara progresif. Kami percaya bahawa teknologi hibrid adalah pendekatan yang tepat pada masa ini, terutamanya di Malaysia. Kami mahu memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi dengan teknologi paling praktikal dan relevan sebelum menggunakan EV sepenuhnya.”
Dalam masa yang sama, Honda turut akan menambah baik aspek khidmat selepas jualan dengan memperkenalkan Pit Stop 2S untuk servis dan alat ganti.

Syarikat juga akan mempertingkat sistem Honda CONNECT yang melibatkan ciri keselamatan, sekuriti dan kemudahan. Honda CONNECT akan menjadi sebahagian daripada teknologi yang dilengkapkan pada model-model lain selain City RS, City Hatchback RS, Civic RS, Civic e:HEV RS dan HR-V e:HEV RS. Selain itu, platform Honda Touch juga akan dinaik taraf supaya lebih mudah untuk digunakan demi pengalaman pelanggan yang lebih lancar.
Menjelaskan mengenai tempoh menunggu kenderaannya, Honda Malaysia berkata syarikatnya akan melakukan yang terbaik supaya kesemua tempahan dapat dipenuhi secepat mungkin walaupun berdepan dengan isu kekurangan semikonduktor.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


