SONATA Baharu: Garang, Tampak Lebih Agresif

Hyundai Motor Company mendedahkan reka bentuk Sonata generasi kelapan yang didatangkan dengan lencana baharu sekali gus membuatkannya ia agak sporty dan cukup garang macam singa.
Nampaknya, Sonata baharu ini telah merevolusikan imej Sonata 2019 yang asal namun diilhamkan semula sebagai model baharu yang hadir lebih dinamik dan inovatif.
Apa yang cukup menarik ialah penggayaan jentera ini lebih mengancam dan lebih agresif selain ia juga sarat dengan teknologi canggih.

Gaya coupe empat pintu ini dilihat hadir dengan rekabentuk revolusioner berdasarkan identiti rekabentuk baharu Hyundai, iaitu Sensuous Sportiness.

Dengan menggunakan reka bentuk luaran berdasarkan lencana N-Line ini, ia sebenarnya kelihatan lebih menyerlah apatah lagi ia kini hadir dengan hud lebih panjang di bahagian hadapan selain garis bumbung gaya fastback yang lebih rendah.
Jentera ini yang menekankan konsep sportiness membuatkan susun atur bahagian hadapan kelihatan lebih mendatar dan disepadukan dengan Lampu Horizon Seamless Hyundai yang ikonik.
Malah, penggunaan elemen lampu tersembunyi (Hidden Lighting) sudah pun menjadi satu kebiasaan pada kenderaan baharu Hyundai, begitu juga dengan Sonata ini.
Jika dilihat dengan lebih dekat, Sonata baharu ini disumbat dengan lampu nyalaan siang LED yang sangat tipis dimana ia merentangi sepenuhnya bahagian mukanya. Lampu utama pula disorokkan pada bahagian bampar hadapan.

Selain itu, grilnya yang lebih lebar dipadankan dengan liang udara yang lebih dinamik dan cukup agresif.
Beralih ke arah Lampu Horizon Seamless, lampu hadapan tersembunyi dikatakan mampu menghasilkan kesan pencahayaan yang cukup menyerlah sekali gus menekankan imej lebar kenderaan itu termasuk dengan sentuhan moden.
Apa yang pasti ,ia berjaya mengimbangi kontras antara ciri-ciri yang jelas, linear dan permukaan sekata dalam menekankan reka bentuk dinamik.
Menjengah bahagian belakangnya, nampaknya ia hadir dengan lampu logo H yang senget (bahagian belakang) manakala jalur LED merah bersambung dengan grafik LED pada lampu belakang utama yang kini berbentuk-T.


Bukan itu sahaja, model ini tampil dengan kemasan belakang berbentuk muffler manakala varian N Line ditambah dengan spoiler ekor itik dan ekzos berkembar dan roda 19-inci.

Bahagian kabinnya pulq, ia menggabungkan elemen mobiliti masa depan dengan sentuhan berteknologi tinggi.
Untuk pengetahuan anda, Sonata buat julung kalinya menggunakan paparan panaromik selain kluster instrumen 12.3 inci, sistem infotainmen AVN 12.3 inci yang direka tanpa perumah serta melengkung bagi memberikan sudut pandang lebih baik kepada pemandunya.
Antara kelengkapan lain ialah unit kawalan iklim jenis sentuhan panel instrumen dimana ia membangkitkan suasana berteknologi tinggi.
Membelek bahagian dalamannya, apa yang pasti Sonata baharu ini telah dinaik taraf dengan begitu ketara selain hadir dengan kombinasi warna dalaman yang canggih .
Sonata yang bermotifkan konsep terapung sebenarnya menawarkan suasana yang lebih futuristik kepada pemandu dan penumpangnya.
Ia masih menampilkan sistem shift-by-wire yang menyisihkan tombol gear konvensional. Dikhabarkan ia sudah tidak menggunakan suis tekan yang diletak pada konsol terowong sebaliknya menggunakan panel kawalan pada kolum stereng.
Buat masa ini, ini sahaja maklumat yang didedahkan memandangkan Hyundai masih belum mengumumkan perincian yang lebih lanjut.
Ini kerana menurut Hyundai, Sonata serba baharu ini akan didedahkan secara rasmi pada Seoul Mobility Show yang akan diadakan bermula 30 Mac ini 9 April nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!
Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.
04-11-2022
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat