2 Kereta Konsep Toyota Ditayang! Nampak Lain Semacam

Auto Show Shanghai 2023 yang diadakan di hab pembuatan EV terkemuka dunia terdiri daripada pelbagai model dan pelancaran konsep EV baharu, daripada yang sangat mewah dan juga yang agak berpatutan.
Untuk itu, Toyota tidak melepaskan peluang mempamerkan dua kereta elektrik konsepnya, bZ Sport Crossover dan bZ FlexSpace.
Difahamkan, kedua-dua model itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan pasaran EV China yang sentiasa berkembang.
Bagi bZ Sport Crossover , ia adalah sebuah SUV coupe yang menampilkan ciri-ciri sporty dimana ia disasarkan untuk golongan lebih muda.

Ia juga menggunakan tayar yang agak besar dan ia saling tidak tumpah seperti Toyota Crown, manakala reka bentuknya pula hampir serupa seperti adik-beradik bZnya terutama di bahagian hadapan.
Bahagian dalamannya pula, ia menampilkan bentuk kabin minimalis, dilengkapi dengan paparan infotainmen tengah yang lebih melengkung dan menonjol di atas papan pemuka.
Lebih menarik, ia menerima stereng yoke dan bukannya stereng konvensional . Terdapat juga kluster instrumen digital yang dilengkapi dengan "ciri pintar seperti bantuan pemandu dan tempat letak kenderaan automatik" yang boleh dikemas kini melalui udara (OTA).
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai rangkaian kuasa masih belum didedahkan, tetapi kami menjangkakan bZ Sport Crossover akan berkongsi beberapa perincian dengan Toyota bZ3 EV yang baru dilancarkan, kerana kedua-dua model akan berkongsi barisan pemasangan yang sama di FAW Kilang Toyota Motor di China.

Beralih kepada kembarnya yang lebih 'praktikal', konsep Toyota bZ FlexSpace menampilkan siluet SUV yang lebih tipikal sekali gus memberikannya ruang kabin yang lebih luas.
Walaupun Toyota masih belum menyatakan dimensi kereta itu, sebaliknya kami t melihat dengan jelas bahawa bZ FlexSpace adalah lebih besar daripada bZ4x, dengan badan yang lebih besar dan tidaklah begitu sporty.
Sama seperti model bZ yang lain, bZ FlexSpace memaparkan fasia hadapan tanpa gril manakala lampu depan jenis LED yang lebar penuh berbentuk C.

Menjenguk bahagian dalamnya, bZ FlexSpace mempunyai kabin yang kelihatan futuristik kerana adanya skrin gaya lutsinar untuk kedua-dua kluster infotainmen dan instrumen digital.
Tempat duduknya pula dihiasi upholsteri berwarna terang, dan terdapat bar lampu bercahaya di sekeliling bahagian dalam.
Apapun, jentera ini sesuai bagi mereka yang memiliki keluarga kecil hingga bersaiz sederhana.
Sama seperti bZ Sport Crossover, Toyota masih belum mendedahkan spesifikasi tambahan untuk SUV itu, tetapi menjanjikan ia akan menawarkan "kemudahan penggunaan, keselamatan canggih, rangkaian penjelajahan yang boleh dipercayai, dan terdapat pelbagai fungsi kecerdasan.

Sekadar info ia akan berbeza dengan bZ Sport Crossover kerana bZ FlexSpace dibangunkan dengan hasil kerjasama Toyota dengan GAC Toyota China dan Toyota Motor Engineering and Manufacturing China (TMEC).
Versi pengeluaran SUV ini akan dikeluarkan pada tahun 2024, dengan pengeluaran ditetapkan di kilang GAC Toyota Motor - kilang yang sama yang mengeluarkan SUV bZ4X untuk pasaran China.
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4838
SELANGOR
BSP6512
JOHOR
JYV9179
PULAU PINANG
PSB9074
PERAK
APH1949
PAHANG
CFG4030
KEDAH
KGF6540
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7093
KUCHING
QAB7063N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat