BMW X1, iX1 Dibawa Masuk Ke Auto Show Shanghai

Sekiranya anda tidak sedar, jenama utama Eropah dilihat lebih gemar membangunkan dan menjual versi model utama mereka khusus untuk pengguna di China.
Ini berikutan terdapat permintaan luar biasa daripada pembeli di China yang dikatakan amat mementingkan ruang penumpang belakang dan keselesaan.
Untuk itu, BMW memenuhi permintaan mereka dengan menawarkan SUV crossover BMW X1 dan iX1.
Bagi membolehkan ia dilihat umum, BMW membawa masuk BMW X1 dan iX1 versi jarak roda lebih panjang (LWB) pada Auto Shanghai 2023 yang diadakan di Shanghai, China baru-baru ini.

Bagaimanapun, BMW juga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kedua-dua crossover itu namun apa yang kami nampak ialah pintu belakang model itu agak panjang sedikit.
Selain itu, kedua-dua model itu juga mendapat bumbung kaca panoramik yang luas, serta tempat duduk belakang yang agak selesa manakala ruang kakinya juga agak luas.
“Dibuat di China untuk penduduk China,” model ini berukuran 4,616 mm panjang dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,802 mm.
Berbanding dengan model jarak roda biasa, kedua-dua versi X1 dan iX1 LWB agak panjang sekitar116 mmberbanding dengan jarak roda yang diregangkan sebanyak 110 mm.

Untuk X1 LWB, ia mengekalkan enjin 1.5 liter 3 silinder turbo dan 2.0 liter 4 silinder turbo janakuasa biasa yang dilihat pada asas X1, yang mampu menghamburkan kuasa 154 hp dan dan tork 230 NM manakala iX1 menghamburkan kuasa 201 hp dan 300 Nm.
Antara kelengkapan yang ada pada X1 LWB ialah lampu depan LED, bumbung kaca panoramik dan roda aloi 18 inci.
Kabinnya pula dilengkapi dengan tempat duduk sports dan dibaluti dengan kulit Veganza, kemasan hitam berkilat tinggi, dan stereng sports berbalut kulit.

Malah, terdapat juga paparan instrumen digital 10.25-inci serta sistem infotainmen 10.7-inci yang menggunakan BMW OS 9.
Bagi iX1 LWB pula, pihak syarikat tidak mendedahkan butiran lanjut namun cuma menyatakan ia memiliki "beberapa sentuhan yang sangat canggih untuk pasaran China dari segi pendigitalan.
Syarikat itu juga mengesahkan bahawa versi iX1 ini menggunakan dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD).
Selain bumbung kaca panoramik, iX1 LWB untuk pasaran China ini juga mempunyai "jeriji kristal berukir" yang tertutup sepenuhnya.
Biarpun BMW tidak mendedahkan rangkaian kuasa elektrik iX1, namun kami menjangkakan ia akan sama dengan iX1 xDrive 30i berspesifikasi Eropah.

Varian tersebut menggunakan dwi-motor manakala kapasiti bateri pula 64.7 kWj, dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 308 hp dan 494 Nm.
Buat masa ini, tiada sebarang bayangan bahawa kedua-dua model ini akan di jual di pasaran lain kecuali China.
Di peringkat tempatan, BMW Group Malaysia secara rasminya hanya menawarkan dua model LWB, iaitu BMW 330Li generasi G20 2023 yang diperbaharui dan BMW 740Le generasi G12.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge