- Berita
- Berita Auto
- Bosch Sumbang RM50K Untuk Pembaharuan – Kanak-Kanak di Yayasan Sunbeams Home Kini Lebih Selesa
Bosch Sumbang RM50K Untuk Pembaharuan – Kanak-Kanak di Yayasan Sunbeams Home Kini Lebih Selesa

Penyedia teknologi dan perkhidmatan terkemuka di seluruh dunia, Bosch, telah menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk penambahbaikan kemudahan kepada Yayasan Sunbeams Home (YSH). YSH adalah sebuah yayasan kebajikan yang menyediakan perlindungan, penjagaan perubatan, dan pendidikan kepada kanak-kanak yang mengalami penderaan, pengabaian, atau kehilangan ibu bapa.
Projek ini meliputi pembaharuan perpustakaan melalui pengubahsuaian reka bentuk dalaman, penggunaan perabot, dan sistem perpustakaan baharu, serta peningkatan bahagian lain di pusat pendidikannya seperti penukaran lantai baharu, pembaikan kerosakan tandas dan siling. Projek pembangunan semula ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Menurut Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser, pendidikan dapat mengubah kehidupan dan ini merupakan salah satu tonggak tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Bosch. YSH merupakan rakan CSR yang ideal kerana yayasan ini mempunyai keperluan yang mendesak untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak mereka.
Pengasas YSH, Alvin Tan Ooi Seng, menyatakan bahawa kerjasama dengan Bosch merupakan satu pengalaman dan pendedahan yang menarik kerana dapat mengetahui lebih mengenai produk, nilai dan budaya organisasi tersebut. Beliau berharap nilai positif Bosch dapat diterapkan dalam jiwa kanak-kanak di sini.
Bosch berhasrat untuk melangkah lebih jauh daripada inisiatif semasa dengan meningkatkan usaha mereka dalam mencari pendekataan berbeza untuk menyokong kanak-kanak seperti menyediakan bengkel kemahiran hidup dan aktiviti menarik lain yang boleh membabitkan pekerja Bosch.

Laporan mengenai Status Hak Kanak-Kanak di Malaysia 2019 mendedahkan bahawa sebanyak 1,000 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian setiap tahun. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat mengumumkan peningkatan sehingga lebih daripada 4,600 kanak-kanak pada tahun 2021.
YSH menjadi rumah perlindungan kepada 104 kanak-kanak berumur 2 hingga 18 tahun di kedua-dua lokasi mereka di Kuala Lumpur dan Alor Gajah, Melaka. Yayasan tersebut memerlukan usaha pengumpulan dana melalui Kempen RM1 Sehari yang sedang berlangsung untuk menyokong operasi harian organisas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sunbeamshome.org/.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pada Suku Akhir 2021, Jualan Kereta Terpakai Mula Meningkat
Jualan kereta terpakai di negara ini semakin meningkat apabila statistik menunjukkan kira-kira 400,000 kereta terpakai berjaya dijual.
07-04-2022
SDAS Bekerjasama dengan Bosch Untuk Tawar Penjagaan Kereta
SDAS bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf premium.
27-01-2022
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!
Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.
27-03-2025
Mercedes-Benz Malaysia Rai Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Sempena Krismas
MBM raikan kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Hope sempena sambutan Krismas.
22-12-2023
Berita Terkini
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
