ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Sumber foto: WhatsApp


Nissan Ariya SUV hibrid elektrik telah dikesan sekali lagi di Malaysia, kali ini di pusat bandar Kuala Lumpur. Gambar-gambar ini dikongsi kepada kami melalui WhatsApp oleh sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan diambil hari ini. 


Ariya tersebut dilihat di hadapan lobi Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Jalan Pinang. Rekaannya sama seperti unit yang pernah dikesan buat pertama kalinya pada bulan Ogos tahun lepas – dalam warna eksklusifnya, dua tona gabungan Copper Pearl dan Black Diamond Pearl. 


Sumber foto: WhatsApp


Model yang dikesan kali ini mempunyai plat pendaftaran yang sah dalam format nombor plat yang sering diguna oleh pengedar tempatan Nissan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Ini mengesahkan bahawa unit yang dikesan telah diimport secara rasmi dan bukannya unit recond atau dibawa masuk oleh pengimport grey.


Dengan penggunaan nombor pendaftaran sah, menunjukkan bahawa proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) awal untuk Ariya sudah pun selesai.


Sumber foto: WhatsApp


CariCarz.com cuba menghubungi ETCM berkenaan pelancaran model ini di Malaysia. Sumber kami daripada ETCM mendedahkan, model ini akan dilancarkan secara rasmi namun bukan dalam masa terdekat.


Menurutnya, kelewatan ini disebabkan pengeluar asal (Nissan Motor Co.) belum menyediakan sebarang peruntukan Ariya kepada ETCM. Ini berpunca daripada permintaan terhadap model ini yang terlalu tinggi di peringkat global.


Berdasarkan maklumat ini, CariCarz menjangkakan Ariya akan  dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada tahun hadapan. Buat masa ini, satu-satunya pilihan ‘mesra alam’ yang ditawarkan Nissan ialah Nissan Leaf yang dijual pada harga RM168,888.





Sebagai makluman, Ariya diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai kereta konsep semasa Pameran Motor Tokyo 2019. Model versi produksi akhir pula diperlihatkan pada bulan Julai 2020. 


Ariya menggunakan platform baharu Nissan yang dikenali sebagai CMF-EV. Ia dilengkapi bateri litium-ion berkapasiti 65 kWh atau 90 kWh yang menerima input pengecas biasa AC dan pengecas pantas DC (sehingga 130 kW). 





Bateri ini menyalurkan kuasa kepada motor tunggal atau dwi-motor dengan kemampuan mencapai jarak perjalanan antara 360 km ke 400 km.


Versi 'AWD Performance' Ariya mempunyai kuasa sebanyak 389 hp (290 kW) dan tork 600 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.


Teknologi menarik yang terdapat pada model ini ialah sistem ProPILOT 2.0 terbaru yang canggih dari Nissan. Sistem ini membolehkan pemandu melepaskan tangan daripada stereng dalam keadaan tertentu. Selain itu, ia turut hadir dengan teknologi sambungan dan integrasi yang mudah dengan pelbagai jenis peranti.





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6411

SELANGOR

BST4150

JOHOR

JD5175J

PULAU PINANG

PSF2841

PERAK

APL2093

PAHANG

CFH6084

KEDAH

KGH8376

NEGERI SEMBILAN

NEL6713

KOTA KINABALU

SJT8664

KUCHING

QAB5054P

Terakhir Kemas Kini 01 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

13-10-2025
EV

15-01-2024
EV

19-12-2023
EV

04-12-2023
EV

27-07-2023
EV

06-04-2023

Berita Terkini

EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.