Ganti Cepat Komponen Rosak, JPJ Kongsi Senarai "Product Recall"
Rata-rata pengguna media sosial panik selepas membaca pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memaklumkan ada beberapa jenama kereta di negara ini telah dipanggil semula untuk tujuan proses penukaran komponen.
Seorang pengguna Facebook mempersoalkan mengapa pengguna yang perlu semak butiran mengenai kereta.
“Bukankah, pengeluar kereta kena pastikan mana satu kereta dan behubung dengan pemilik terlibat,” soalnya.
APA PULA KATA SYARIKAT AUTOMOTIF?
Bagaimanapun, bagi memastikan kesahihah berita itu, CariCarz.com ada menghubungi beberapa pihak pengurusan syarikat automotif namun mereka mendakwa tidak tahu-menahu berhubung isu pemanggilan semula.
“Kami akan menyiasat perkara ini,” kata pihak pengurusan Perodua ketika dihubungi melalui WhatsApp semalam.
Sementara itu, beberapa jenama kereta yang terlibat juga mendakwa pihaknya akan menyiasat perkara tersebut.
JPJ dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pihaknya mahu membantu menjayakan aktiviti "Product Recall" atau Panggilan Semula beberapa model pelbagai jenama kereta melalui hebahan di laman sosial dan portal rasmi JPJ.
Ini kerana setiap tahun pasti ada pengeluar kenderaan akan membuat pengumuman pemanggilan semula atau lebih dikenali sebagai ‘Product Recall‘ kerana terdapat isu keselamatan atau kecacatan kepada sesuatu produk yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

“Hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum terutamanya kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat agar segera menghubungi wakil pengedar yang sah.
“Keadaan ini adalah untuk memastikan Product Recall yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.
Berikut adalah model yang terlibat:




JPJ turut menegaskan bahawa pemilik kenderaan terlibat yang telah mendapat notifikasi tersebut pula hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar kenderaan mereka ke pusat-pusat servis bertauliah yang telah dilantik bagi mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma.
“Tindakan untuk mengabaikan notifikasi tersebut akan meningkatkan risiko keselamatan kerana komponen kenderaan yang sepatutnya diganti itu berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik.
“Malah, ia mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada komponen lain selain boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan,” ujarnya.
Difahamkan, Kempen Product Recall ini masih lagi berterusan dengan pihak pengeluar kenderaan masih aktif menghubungi pemilik kenderaan yang terlibat bagi tujuan penukaran alat ganti kenderaan secara percuma.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan seperti yang masih belum menghantar kenderaan mereka untuk proses penggantian alat ganti secara percuma hendaklah bertindak segera kerana kelalaian anda boleh menyebabkan risiko keselamatan ke atas diri dan juga orang yang tersayang.
Dikhabarkan hebahan ini dibuat kerana ia seiring dengan dengan hasrat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim melalui ucapan dasarnya dalam mesyuarat Bilateral Meeting di antara JPJ dan delegasi Jepun.
Ia terdiri daripada wakil Ministry of Land, Infrastructure, Transport & Tourism (MLIT), National Traffic Safety and Environment Laboratory (NTSEL).
Mesyuarat ini juga juga dihadiri oleh Japan Automobile Standards Internationalization Center (JASIC) pada 1 Mac lalu yang menekankan aktiviti Benchmarking bagi aktiviti Product Recall seperti yang dilaksanakan oleh pihak Jepun dengan menghebahkan aktiviti tersebut melalui laman web rasmi dan juga media massa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge