ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ganti Cepat Komponen Rosak, JPJ Kongsi Senarai "Product Recall"

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rata-rata pengguna media sosial panik selepas membaca pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memaklumkan ada beberapa jenama kereta di negara ini  telah dipanggil semula untuk tujuan proses penukaran komponen.

Seorang pengguna Facebook mempersoalkan mengapa pengguna yang perlu semak butiran mengenai kereta.

“Bukankah, pengeluar kereta kena pastikan mana satu kereta dan behubung dengan pemilik terlibat,” soalnya.

APA PULA KATA SYARIKAT AUTOMOTIF?

Bagaimanapun, bagi memastikan kesahihah berita itu, CariCarz.com ada menghubungi beberapa pihak pengurusan syarikat automotif namun mereka mendakwa tidak tahu-menahu berhubung isu pemanggilan semula.

“Kami akan menyiasat perkara ini,” kata pihak pengurusan Perodua ketika dihubungi melalui WhatsApp semalam.

Sementara itu, beberapa jenama kereta  yang terlibat juga mendakwa pihaknya akan menyiasat perkara tersebut.

JPJ dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pihaknya mahu  membantu menjayakan aktiviti "Product Recall" atau Panggilan Semula  beberapa model pelbagai jenama kereta melalui hebahan di laman sosial dan portal rasmi JPJ.

Ini kerana setiap  tahun pasti ada pengeluar kenderaan akan membuat pengumuman pemanggilan semula atau lebih dikenali sebagai ‘Product Recall‘ kerana terdapat isu keselamatan atau kecacatan kepada sesuatu produk yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.


“Hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum terutamanya kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat agar segera menghubungi wakil pengedar yang sah.

“Keadaan ini adalah untuk memastikan Product Recall yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Berikut adalah model yang terlibat:



JPJ turut menegaskan bahawa pemilik kenderaan terlibat yang telah mendapat notifikasi tersebut pula hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar kenderaan mereka ke pusat-pusat servis bertauliah yang telah dilantik bagi mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma.

“Tindakan untuk mengabaikan notifikasi tersebut akan meningkatkan risiko keselamatan kerana komponen kenderaan yang sepatutnya diganti itu berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Malah, ia mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada komponen lain selain boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan,” ujarnya.

Difahamkan, Kempen Product Recall ini masih lagi berterusan dengan pihak pengeluar kenderaan masih aktif menghubungi pemilik kenderaan yang terlibat bagi tujuan penukaran alat ganti kenderaan secara percuma. 


Sehubungan itu, pemilik kenderaan seperti yang masih belum menghantar kenderaan mereka untuk proses penggantian alat ganti secara percuma hendaklah bertindak segera kerana kelalaian anda boleh menyebabkan risiko keselamatan ke atas diri dan juga orang yang tersayang.

Dikhabarkan hebahan ini dibuat kerana ia seiring dengan dengan hasrat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim melalui ucapan dasarnya dalam mesyuarat Bilateral Meeting di antara JPJ  dan delegasi Jepun.

Ia terdiri daripada wakil Ministry of Land, Infrastructure, Transport & Tourism (MLIT), National Traffic Safety and Environment Laboratory (NTSEL).

Mesyuarat ini juga juga dihadiri oleh Japan Automobile Standards Internationalization Center (JASIC) pada 1 Mac lalu yang menekankan aktiviti Benchmarking bagi aktiviti Product Recall seperti yang dilaksanakan oleh pihak Jepun dengan menghebahkan aktiviti tersebut melalui laman web rasmi dan juga media massa.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru
Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto
Berapa Harga Porta EV?

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.