ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas EV MINI Kini di Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sebuah fasiliti pengecasan dengan ekspresi jenama yang terbaharu MINI telah dibuka oleh wakil pengedar bertauliah BMW di Malaysia, Wheelcorp Premium, di  pusat membeli-belah, Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Kota Kemuning. 


Dibuka untuk kegunaan orang ramai, fasiliti pengecasan MINI baharu ini terletak di Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Persiaran Eco Sanctuary, 8/3, Eco Santuari, Selangor. Dua lot parkir disediakan, seunit pengecas DC 50kW dengan dua pendakap DC, serta seunit pengecas AC 22kW – dikuasakan oleh JomCharge. Kadar pengecasan ialah RM1.20 bagi setiap minit penggunaan.



Pembukaan fasiliti baharu ini telah dirasmikan oleh wakil-wakil dari MINI Malaysia, Wheelcorp Premium, Eco Sanctuary dan juga JomCharge.


Jayden Liew, Pengarah Urusan Wheelcorp Premium menyatakan, “Sejajar dengan kenaikan penerimagunaan kenderaan berelektrik di Malaysia, kita, yakni pembekal kenderaan ini, memiliki satu tanggungjawab yang besar untuk menampung permintaan dengan menyediakan infrastruktur yang bersesuaian. 


“Sambutan positif ke atas Mobiliti Berelektrik mutakhir ini, turut dirangsang melalui pelbagai inisiatif yang dibawakan oleh kerajaan kita, merupakan sesuatu yang amat digalakkan; dan kami komited untuk meluaskan lagi landskap EV buat para pelanggan kami, seiring dengan BMW Group Malaysia.”


Pengecas EV yang disediakan di Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary


Max Leong Yew Mun, Pembantu Pengurus Besar di Eco Sanctuary berkongsi, “Kelestarian merupakan teras utama EcoWorld dan kami sentiasa berusaha untuk menyeranta dengan organisasi-organisasi yang berkongsi nada matlamat yang sama dalam aspek kelestarian. 


“Dengan menyokong usaha Wheelcorp Premium dalam menggiatkan pengerahan fasiliti pengecasan, kami juga dapat maju ke arah sasaran ESG kami, iaitu untuk memastikan kesemua projek EcoWorld sekurang-kurangnya didatangkan bersama satu stesen pengecasan EV.”




BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 670 fasiliti pengecasan EV di Malaysia. Akses ke atas 360 daripada fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama dengan ChargEV dan Yinson Greentech, manakala JomCharge dan Gentari masing-masing menawarkan akses ke atas lebih daripada 70 dan 150 fasiliti. Selain itu, lebih daripada 100 fasiliti pengecasan BMW i dan MINI disediakan di pusat pengedaran dan rakan kongsi di seluruh negara. Pelan perluasan infrastruktur juga telah disasarkan untuk tahun hadapan.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7298

SELANGOR

BSQ8606

JOHOR

JYY8209

PULAU PINANG

PSD1520

PERAK

APJ2690

PAHANG

CFG7951

KEDAH

KGG5423

NEGERI SEMBILAN

NEK6708

KOTA KINABALU

SJS4392

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.