ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BMW iX1, Varian Tunggal, Harga Taklah Mahal Sangat

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nampaknya, BMW Malaysia semakin melebarkan sayapnya dalam pengeluaran model elektrik apabila ia memperkenalkan jentera serba baharu, BMW iX1 sempena Hari Media Malaysia Autoshow 2023, sebentar tadi.

SUV kompak EV ini juga adalah yang pertama dalam segmen SUV kompak premium dimana ia menampilkan rangkaian kuasa elektrik.


Sebaliknya, kembarnya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman sudah pun berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu.

Tiba dalam varian xDrive30 M Sport, ia disumbat dengan teknologi motor segerak elektrik (EESM) dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 313hp dan tork 494 Nm.

Ini bermakna ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya 5.6 saat. 


Bagi mengekalkan jangka hayat bateri, jentera ini dihadkan secara elektronik pada 180 km/j.

Dengan kapasiti bateri berjumlah 64.7 kWj, ia membekalkan jarak operasi sejauh 440 km (WLTP).

Malah, daya pengecasan berkuasa tinggi pada kadar mencecah 130 kW dapat mengurangkan tempoh tunggu, kerana kenderaan tersebut dapat dicas dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam tempoh 29 minit.

LUARAN:

Apapun dari segi rekaannya, ia tidaklah berbeza sangat dengan versi yang menggunakan petrol memandangkan versi elektrik ini menggunakan  lencana “i” pada gril dan gelung biru pada logo BMW.


Menjengah bahagian hadapan, ia didatangkan dengan set lampu hadapan LED adaptif serba langsing, ada juga lampu nyalaan siang, manakala lampu belakang pula jenis 3D dalam bentuk L dengan teknologi LED.


Rodanya yang berbentuk petak turut menonjolkan bahasa rekaan BMW X, dan  pemegang pintu adalah selari dengan tubuh kenderaan ini, sekali gus menjadikannya agak unik berbanding varian-varian rangkaian kuasa yang lain. 

Hadir dalam varian M Sport, BMW iX1 menyerlahkan tarikan dinamiknya dengan ciri-ciri seperti lingkaran gril ‘kidney’ dalam material krom,  gril ‘kidney’ dalam aluminium satin dan rekaan khas pada ambang sisi, trim arkus roda, serta apron hadapan dan belakang. 


Ia juga dipadankan dengan  set roda aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan 871M Bicolour.

DALAMAN:

Bahagian dalaman pula, terdapat BMW Curved Display yang serba moden dan berorientasikan pemandu. Ia mula diperkenalkan dalam model-model elektrik BMW iX dan BMW i4.

Ia terletak di atas panel instrumennya yang mewah ialah konfigurasi paparan yang baharu lagi bersofistikasi tinggi, menampilkan kluster instrumen 10.25 inci dan paparan kawalan 10.7 inci, yang menggunakan Sistem Operasi BMW 8 serta dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional secara standard.


Malah, pemandu mempunyai kuasa ke atas segala fungsi kenderaan melalui Control Display sentral berciri sentuh, butang-butang di stereng kulit M, yang menampilkan padel penukar gear Sport Boost, atau Intelligent Personal Asisstant yang boleh dikawal dengan suara. 

Ruang merehatkan tangan di hadapan Control Display memudahkan lagi operasi skrin sentuh, manakala komponen meletak tangan “terapung” menawarkan ruang tambahan di konsol sentral dan ia turut memuatkan tuil gear, pelaras bunyi, serta butang My Modes, yang merangkumi enam mod pemanduan. 

Material Bumbung Antrasit M dan kerusi hadapan yang kini sedikit lebih tinggi menaik taraf aspek kebolehlihatan dan kepuasan pemanduan. 


Sementara itu, cahaya ruang kaki di hadapan dan belakang pula menambah ambien keluasan jentera ini.


Mengenai kerusi, kerusi sport didatangkan secara standard bagi pemandu dan penumpang hadapan, berserta dengan pelbagai ciri kefungsian untuk kemudahan dan keselesaan tambahan, seperti pelaras elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu.

SAV elektrik ini juga dilengkapi dengan BMW IconicSounds Electric, iaitu landskap bunyi serba baharu yang dibangunkan untuk memperkayakan pengalaman pemanduan, selain ada juga Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki. 

Terdapat juga BMW Head-Up Display), sistem pembesar suara Hi-Fi Harman Kardon serta BMW Live Cockpit Professional dengan Augmented View.

Bagi ruang but pula, ia adalah sekitar 490 liter namun jika kerusi belakang direbahkan ia boleh meningkat kepada 1,495 liter.

Dari sudut kemudahan keterhubungan, BMW iX1 secara standard hadir dengan Connected Package Professional, Connected Drive Services, Teleservices, Pengintegrasian Telefon Pintar dengan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, Intelligent Emergency Call, dan sistem tekanan tayar. 

Perkhidmatan digital pula terdiri daripada  remote Software Upgrade, BMW Connective Drive Upgrades, di samping BMW Maps.

Ia didatangkan dengan enam warna iaitu: Alpine White, Black Sapphire, Cape York Green, M Portimao Blue, Storm Bay, dan Space Silver. 


Upholsteri interior disediakan dalam Alcantara Black dengan sulaman berkontra  biru, Leather Vernasca Black atau Leather Vernasca Mocha.

Mengenai harga, ia dijual RM285,800.


Lebih menarik, pemilik BMW iX1 xDrive30 M Sport juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium seperti mana yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia.

Ia meliputi:

• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW berserta Program Servis Berjadual Percuma

• Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)

• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW

• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card

• Servis Dalam Talian BMW


Sehubungan itu, para pelanggan boleh melayari BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my untuk pratempah BMW iX1 dengan bayaran RM3,000, atau hubungi wakil pengedar BMW.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9729

SELANGOR

BST4769

JOHOR

JD6672J

PULAU PINANG

PSF3524

PERAK

APL2781

PAHANG

CFH6377

KEDAH

KGH8953

NEGERI SEMBILAN

NEL7082

KOTA KINABALU

SJT9165

KUCHING

QAB5223P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Berita Auto
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
Kereta Baru
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025

Berita Terkini

EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.