BMW iX1, Varian Tunggal, Harga Taklah Mahal Sangat

Nampaknya, BMW Malaysia semakin melebarkan sayapnya dalam pengeluaran model elektrik apabila ia memperkenalkan jentera serba baharu, BMW iX1 sempena Hari Media Malaysia Autoshow 2023, sebentar tadi.
SUV kompak EV ini juga adalah yang pertama dalam segmen SUV kompak premium dimana ia menampilkan rangkaian kuasa elektrik.

Sebaliknya, kembarnya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman sudah pun berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu.
Tiba dalam varian xDrive30 M Sport, ia disumbat dengan teknologi motor segerak elektrik (EESM) dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 313hp dan tork 494 Nm.
Ini bermakna ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya 5.6 saat.

Bagi mengekalkan jangka hayat bateri, jentera ini dihadkan secara elektronik pada 180 km/j.
Dengan kapasiti bateri berjumlah 64.7 kWj, ia membekalkan jarak operasi sejauh 440 km (WLTP).
Malah, daya pengecasan berkuasa tinggi pada kadar mencecah 130 kW dapat mengurangkan tempoh tunggu, kerana kenderaan tersebut dapat dicas dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam tempoh 29 minit.
LUARAN:
Apapun dari segi rekaannya, ia tidaklah berbeza sangat dengan versi yang menggunakan petrol memandangkan versi elektrik ini menggunakan lencana “i” pada gril dan gelung biru pada logo BMW.


Menjengah bahagian hadapan, ia didatangkan dengan set lampu hadapan LED adaptif serba langsing, ada juga lampu nyalaan siang, manakala lampu belakang pula jenis 3D dalam bentuk L dengan teknologi LED.


Rodanya yang berbentuk petak turut menonjolkan bahasa rekaan BMW X, dan pemegang pintu adalah selari dengan tubuh kenderaan ini, sekali gus menjadikannya agak unik berbanding varian-varian rangkaian kuasa yang lain.
Hadir dalam varian M Sport, BMW iX1 menyerlahkan tarikan dinamiknya dengan ciri-ciri seperti lingkaran gril ‘kidney’ dalam material krom, gril ‘kidney’ dalam aluminium satin dan rekaan khas pada ambang sisi, trim arkus roda, serta apron hadapan dan belakang.

Ia juga dipadankan dengan set roda aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan 871M Bicolour.
DALAMAN:
Bahagian dalaman pula, terdapat BMW Curved Display yang serba moden dan berorientasikan pemandu. Ia mula diperkenalkan dalam model-model elektrik BMW iX dan BMW i4.
Ia terletak di atas panel instrumennya yang mewah ialah konfigurasi paparan yang baharu lagi bersofistikasi tinggi, menampilkan kluster instrumen 10.25 inci dan paparan kawalan 10.7 inci, yang menggunakan Sistem Operasi BMW 8 serta dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional secara standard.

Malah, pemandu mempunyai kuasa ke atas segala fungsi kenderaan melalui Control Display sentral berciri sentuh, butang-butang di stereng kulit M, yang menampilkan padel penukar gear Sport Boost, atau Intelligent Personal Asisstant yang boleh dikawal dengan suara.
Ruang merehatkan tangan di hadapan Control Display memudahkan lagi operasi skrin sentuh, manakala komponen meletak tangan “terapung” menawarkan ruang tambahan di konsol sentral dan ia turut memuatkan tuil gear, pelaras bunyi, serta butang My Modes, yang merangkumi enam mod pemanduan.
Material Bumbung Antrasit M dan kerusi hadapan yang kini sedikit lebih tinggi menaik taraf aspek kebolehlihatan dan kepuasan pemanduan.

Sementara itu, cahaya ruang kaki di hadapan dan belakang pula menambah ambien keluasan jentera ini.

Mengenai kerusi, kerusi sport didatangkan secara standard bagi pemandu dan penumpang hadapan, berserta dengan pelbagai ciri kefungsian untuk kemudahan dan keselesaan tambahan, seperti pelaras elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu.
SAV elektrik ini juga dilengkapi dengan BMW IconicSounds Electric, iaitu landskap bunyi serba baharu yang dibangunkan untuk memperkayakan pengalaman pemanduan, selain ada juga Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki.
Terdapat juga BMW Head-Up Display), sistem pembesar suara Hi-Fi Harman Kardon serta BMW Live Cockpit Professional dengan Augmented View.
Bagi ruang but pula, ia adalah sekitar 490 liter namun jika kerusi belakang direbahkan ia boleh meningkat kepada 1,495 liter.
Dari sudut kemudahan keterhubungan, BMW iX1 secara standard hadir dengan Connected Package Professional, Connected Drive Services, Teleservices, Pengintegrasian Telefon Pintar dengan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, Intelligent Emergency Call, dan sistem tekanan tayar.
Perkhidmatan digital pula terdiri daripada remote Software Upgrade, BMW Connective Drive Upgrades, di samping BMW Maps.
Ia didatangkan dengan enam warna iaitu: Alpine White, Black Sapphire, Cape York Green, M Portimao Blue, Storm Bay, dan Space Silver.

Upholsteri interior disediakan dalam Alcantara Black dengan sulaman berkontra biru, Leather Vernasca Black atau Leather Vernasca Mocha.
Mengenai harga, ia dijual RM285,800.

Lebih menarik, pemilik BMW iX1 xDrive30 M Sport juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium seperti mana yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia.
Ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW berserta Program Servis Berjadual Percuma
• Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW

Sehubungan itu, para pelanggan boleh melayari BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my untuk pratempah BMW iX1 dengan bayaran RM3,000, atau hubungi wakil pengedar BMW.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH4549
SELANGOR
BSR8671
JOHOR
JA8445J
PULAU PINANG
PSE1592
PERAK
APK1817
PAHANG
CFH2600
KEDAH
KGH2589
NEGERI SEMBILAN
NEL1429
KOTA KINABALU
SJT2473
KUCHING
QAB2481P
Terakhir Kemas Kini 25 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya
Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.
23-07-2026
RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat
Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.
22-07-2026
EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety
Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.
22-07-2026
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat