BMW Malaysia Perkenal Kenderaan Pengecas Mudah Alih Pertama M'sia Dengan Kerjasama EV Connection

Pengeluar kenderaan premium, BMW Group Malaysia, hari ini telah memperkenalkan Kenderaan Pengecas Mudah Alih pertama negara semasa Malaysia Autoshow 2023. Pembangunan teknologi ini telah dijalankan dengan kerjasama pembekal solusi pengecasan yang terkemuka, EV Connection.
![]()
Inisiatif Kenderaan Pengecas Mudah Alih yang pertama seumpamanya ini dibangunkan dengan menggunaan bateri-bateri terpakai daripada kenderaan elektrik (EV) BMW dan MINI sebagai sumber kuasa.
KEMAMPUAN TEKNOLOGI YANG DIPERKENALKAN
Kenderaan Pengecas Mudah Alih ini menggunakan 16 modul bateri terpakai dari BMW dengan State of Health (SoH) sekitar 70%. Sistem pengecasan mudah alih ini mempunyai kapasiti 20kWj yang dapat membekalkan kuasa AC tiga fasa setinggi 30kVA, serta dilengkapi dengan pengecas DC 30kW yang terletak di bahagian belakang kenderaan untuk mengecas sehingga dua EV sekaligus.


Kenderaan Pengecas Mudah Alih ini juga dapat menguasakan lapan buah rumah dalam kawasan bencana pada kapasiti penuh. Inisiatif ini menunjukkan kesungguhan BMW dan MINI dalam memanfaatkan semula bateri terpakai dan menghasilkan solusi yang berkesan dalam mengatasi kebimbangan pengguna EV di Malaysia.
KEPENTINGAN PROGRAM BATERI HAYAT KEDUA


Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia mengatakan bahawa bateri-bateri terpakai mengandungi bahan-bahan berharga yang sumbernya terhad di planet ini. Oleh itu, tindakan BMW untuk memanfaatkannya semula merupakan langkah ke arah amalan sirkular dan bertanggungjawab.
SEBAHAGIAN INISIATIF RE:GENERATE
Program bateri hayat kedua ini merupakan sebahagian daripada inisiatif RE:GENERATE telah diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia yang membuktikan usaha mereka untuk memaksimumkan kegunaan bateri EV yang telah mencapai hujung hayat.
Melalui program ini, bateri-bateri EV yang telah ‘bersara’ digunakan semula untuk tujuan lain seperti sebagai hab pengecasan bandar, penjana pintal bagi menyediakan bekalan tenaga kepada komuniti di kawasan bencana, dan membolehkan penggunaan elektrik di kawasan terpencil pada masa depan.
Dr. Che Hang Seng, Pengarah Teknikal EV Connection Sdn Bhd, memberitahu bahawa syarikatnya bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif inovatif ini bersama dengan jenama automotif yang dipercayai seperti BMW dalam pembangunan pengecas mudah alih. Beliau menyatakan bahawa ini menjadi harapan mereka untuk mengatasi pelbagai kebimbangan oleh pemandu EV dan menyumbang ke arah memacu revolusi Mobiliti Elektrik di Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat