EON Berhad Dilantik Pengedar Rasmi EV smart Di Malaysia, 5 Pengedar Lagi Bakal Diumumkan Nanti

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah mengumumkan pelantikan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), anak syarikat DRB-HICOM yang terkemuka, sebagai pengedar rasmi bagi jenama smart Malaysia. Keputusan ini menambahkan pengedar elit dalam rangkaian PRO-NET yang kian meluas. Sebelum ini, PRO-NET telah menjalin kerjasama dengan Hap Seng Smart dan berhasrat mengumumkan lima pengedar baharu dalam waktu terdekat.
Kerjasama strategik ini dijangka meningkatkan kesedaran dan visibiliti terhadap kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pembeli di Malaysia. Pelantikan EON, menunjukkan komitmen PRO-NET dalam mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran EV yang berkembang pesat di Malaysia.

Kepakaran EON sebagai pengedar eksklusif bagi kereta keluaran PROTON selama empat dekad merupakan pencapaian yang mengagumkan. PRO-NET berharap dapat menjalin kerjasama yang kukuh dengan EON dan rakan kongsi lain di dalam industri ini untuk memperkenalkan pelbagai produk, perkhidmatan, dan pengalaman istimewa yang ditawarkan oleh jenama premium mereka.

Selain mempertingkatkan kualiti produk, PRO-NET juga berpegang kepada prinsip bahawa dunia automotif adalah lebih daripada sekadar menghasilkan kenderaan terbaik. Mereka juga berusaha untuk menyediakan kemudahan mewah dan pengalaman unik kepada pelanggan. Dalam usaha ini, PRO-NET merancang untuk memperkenalkan aplikasi pintar yang memudahkan pelanggan memulakan perjalanan digital dan menikmati pelbagai perkhidmatan dalam talian, termasuk maklumat produk, pesanan, pembayaran, serta akses mudah kepada peta stesen pengecasan EV dan DC.
Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Selain itu, pengedar smart ini turut menyediakan sokongan perkhidmatan dan jualan sepenuhnya, termasuk perkhidmatan baik pulih serta pusat pengecasan pantas, demi kepuasan pelanggan pada setiap masa.
Baca: EV smart #3 Didedahkan! Kali Ini Sebuah SUV Coupe?
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, “Pasukan kami telah mencapai kemajuan yang menakjubkan sejak kami mula beroperasi pada tahun lalu, dan dengan kehadiran model terbaharu smart #1 yang mengujakan, kami yakin bahawa kami mampu memberikan sumbangan besar kepada masa depan mobiliti elektrik untuk pasaran Malaysia, dan pelantikan pengedar yang bereputasi tinggi adalah salah satu strategi utama kami. PRO-NET akan mengumumkan beberapa lagi pelantikan pengedar baru smart kelak.”

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EON Wujudkan Laman Web Terbaharu Untuk Proton: Lebih Mesra Pengguna!
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) baru-baru ini telah melancarkan laman web Proton baharu supaya dapat mencapai lebih ramai pengguna.
17-08-2021
Berita Terkini
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat