ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Great Wall Motor Buka Pusat 4S

Suhana Veru

Kongsi melalui


Great Wall Motor Malaysia secara rasminya melancarkan Pusat Pengalaman Komprehensif 4S yang pertamanya di USJ, Subang, pada minggu lepas.


Bilik pameran yang berkeluasan 10,000 kaki persegi itu menempatkan tujuh ruang servis, fasiliti badan dan cat, jualan, servis, ruang istirehat dan beberapa lot parkir untuk pelanggan.


Pembukaan bilik pameran di atas tanah berkeluasan 1.21 hektar itu menandakan GWM telah mengorak setapak ke hadapan dalam mengembangkan rangkai pengedar di Malaysia dengan Kerjasama Superhub Auto.


Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata, pihaknya cukup berbesar hati untuk memperkenalkan pusat 4S baharu ini sekali gus membuktikan komitmen kami dalam memberikan kecemerlangan dan kepuasan kepada para pelanggan.


“Menerusi tawaran ini, GWM  berhasrat untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan bersesuaian dengan untuk keperluan pelanggan mereka yang dihargai,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut mengenai rancangan pengembangan rangkaian, beliau berkata, GWM mahu memilih pengedar yang berkualiti tinggi untuk mengukuhkan liputan rangkaian. 

“Malah, GWM juga berhasrat untuk menyediakan akses secara meluas kepada pelbagai produk GWM dan servis selepas jualan yang tiada tolok tandingan,” tambahnya.


Untuk makluman anda, pusat pengalaman baharu ini bukan sahaja membolehkan pelanggan membeli kereta baharu sebaliknya pelanggan juga berpeluang merasai pemanduan beberapa jentera baharu GWM seperti Haval H6 dan GWM Cannon.


Difahamkan kedua-dua jentera ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.


Bagi yang mahu mengunjungi fasiliti baharu ini, ia terletak di  Lot  61711, PLOT A, Persiaran Subang Indah Kawasan Perindustrian Subang USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Ia dibuka pada Hari Isnin hingga Ahad bermula pukul 9 pagi – 6 petang.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang www.gwm.com.my.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9309

SELANGOR

BST4692

JOHOR

JD6431J

PULAU PINANG

PSF3439

PERAK

APL2659

PAHANG

CFH6327

KEDAH

KGH8760

NEGERI SEMBILAN

NEL7039

KOTA KINABALU

SJT9124

KUCHING

QAB5213P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

04-02-2025
Berita Auto

10-01-2025
Global

31-05-2024
EV

15-01-2024
Berita Auto

12-12-2023
Berita Auto

25-11-2023
Global

24-03-2023
EV

14-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.