Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon

Nampaknya Great Wall Malaysia (GWM) terus membuat kejutan kepada para pengunjung Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Ini kerana syarikat itu dilihat membawa masuk trak pikap raksasanya, Cannon.
Dikhabarkan, trak pikap ini akan dilancarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Maka tidak hairanlah, mengapa GWM membawa masuknya ke dalam pameran automotif terbesar di Malaysia itu.
Jika ia dibawa masuk, maka ia bakal bersaing dengan pesaing terdekatnya iaitu Ford Ranger!
Tetapi apa yang membolehkan ia menyaingi jenama popular itu.
Ini dia spesifikasinya!

Jentera ini disumbat dengan enjin turbodiesel 2.0 liter dimana ia mampu menjana kuasa setakat 161 hp dan tork 400Nm.
Kesemua kuasanya dihantar ke semua pacuan empat roda (AWD).
Ia turut digandingkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan sumber-ZF.
Secara visual, Cannon ini menampilkan fasia hadapan yang agresif, didominasi oleh gril krom ke atas yang besar dan diapit oleh reka bentuk lampu hadapan LED yang juga agresif.


Tema krom ini diteruskan ke pintu, pemegang pintu, penutup cermin sisi, tingkap sekeliling, bar lampu belakang dan banyak lagi.


Warna standard Cannon adalah putih. Versi ini turut menampilkan reka bentuk gril hadapan yang lebih konvensional, disiapkan dalam warna hitam dan bukannya krom.

Kerangka Cannon ini juga berdiri di atas roda bersaiz 18 inci dan ada juga menawarkan rim standard bersaiz 17 inci dimana ia menerima kemasan silver gelap.


Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan paparan infotainmen jenis skrin sentuh, kerusi boleh dilaras secara elektronik, dan ada juga brek parkir elektronik.

Untuk varian premium, bahagian pemandu disajikan dengan kluster instrumen digital dan tempat duduknya dihiasi dengan corak jahitan.


Bercakap mengenai penumpang belakang, tempat duduk belakang Cannon boleh dilipat dengan nisbah 60:40, dimana ia menawarkan lebih banyak ruang kargo dan mudah untuk mengangkut barang tambahan.
Biarpun, tidak banyak butiran diberikan tentang ciri keselamatan Cannon, GWM mendakwa trak pikap keluaran China ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem pemanduan autonomi Tahap 2, sekali gus menjadikannya model terkemuka dalam segmennya apabila ia membabitkan ciri keselamatan yang canggih.

Apapun, ia sudah membuat penampilan pada pameran berkenaan dan akan menyertai segmen trak pikap tempatan yang sentiasa berdaya saing di Malaysia selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.
Jadi, apa pula pandangan anda?
Kongsikan!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



