Honda CR-V 2023, Ada Hibrid, PHEV

Honda Eropah memperkenalkan model kenderaan elektrik kedua, CR-V generasi keenamnya baru-baru ini.
Biarpun, kebanyakan pasaran global hanya mendapat CR-V baharu dalam kedua-dua versi hibrid enjin pembakaran dalaman dan e:HEV sebaliknya, pasaran Eropah adalah yang kedua di dunia yang menerima varian hibrid plug-in (e:PHEV).
Kedua-dua CR-V e:PHEV dan e:HEV disumbat dengan enjin petrol 2.0 liter pancitan terus kitaran Atkinson yang dipadankan dengan motor elektrik berkembar.

Walaupun rangkaian kuasa e:HEV mampu menghasilkan 204 hp dan tork 371 Nm, namun pembuat kereta itu masih belum mendedahkan penarafan output untuk CR-V e:PHEV bagi spesifikasi Eropah.

Sebaliknya, CR-V e:PHEV menggunakan pek bateri litium-ion yang besar mampu dipandu sejauh 82 kilometer menggunakan mod elektrik.
Sekali lagi, Honda masih belum mendedahkan spesifikasi terperinci pek bateri baharu ini, walaupun ia mengatakan bateri boleh dicas semula sepenuhnya dalam hanya 2 jam 30 minit, dengan syarat suhu bateri kekal pada 25 darjah Celsius.


Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan reka bentuk muka hadapan baharu yang menyerlah dengan lampu hadapan LED yang lebih tipis serta mengapit gril besar.
Hakikatnya, ia tidak sama seperti CR-V RS di Thailand memandangkan CR-V untuk Eropah tidak mempunyai trim hitam di bahagian luar, namun dipadankan dengan rim aloi 18 inci.


Apa yang penting, CR- generasi keenam ini lebih panjang 71 mm berbanding pendahulunya, manakala jarak rodanya telah meningkat sebanyak 40 mm.
Ruang butnya juga dilihat agak besar.
CR-V versi lima tempat duduk ini boleh dilaras lapan arah manakala ruang kargo 18% lebih besar daripada model lama.
Selain ruang yang lebih besar, reka bentuk bumbung CR-V baharu yang lebih tinggi dengan tiang C yang lebih langsing, ia juga telah menyingkirkan titik buta di sekeliling kereta.


Malah, susun atur pemuka hadapan terbaharu Honda, boleh dilihat pada Civic baharu, dimana paparan infotainmen bersaiz 9-inci terletak di saluran udara tengah, manakala pemandu menerima instrumen digital 7-inci.

Antara kelengkapan lain yang ada pada CR-V ini ialah penghawa dingin dwi zon, pad pengecas tanpa wayar, serta sistem bunyi premium Bose 12.

Dari segi keselamatan, buat julung kalinya model CR-V 2023 dilengkapi teknologi dengan Honda SENSING 360.
CR-V ini sudah pun dilancarkan secara rasmi dan ia akan mula dihantar di beberapa pasaran Eropah pada akhir tahun ini.

Sebaliknya, harganya masih belum didedahkan tetapi jika dibandingkan dengan harga CR-V pemasangan tempatan (CKD) di Thailand, ia dijual pada harga RM186,478 manakala e:HEV RS pula RM225, 956.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda WR-V Harga Keras Tapi Ada Level Tersendiri
Pandu uji Honda WR-V, patutlah masih laku.
24-01-2024
Honda City Facelift 2023 Didedahkan Di India, Katanya Spec Mungkin Sama Dengan Model Yang Akan Dilancar Di Malaysia Nanti
Honda City facelift 2023 didedahkan di India baru-baru ini.
06-03-2023
Honda Bina Kilang Khas Untuk Pengeluaran EV.
Kilang tersebut akan dibina di Zon Pembangunan Ekonomi Wuhan di wilayah Hubei, China.
18-02-2022
11,300 CR-V Terjual: Terajui Segmen SUV Saiz Pertengahan No 1 2024
Honda CR-V laku keras sejak dilancarkan dua tahun lepas.
07-02-2025
Tak Masuk Akal, Honda Cipta Kereta Lumba Yang Boleh Pecut Macam Pelesit
Honda menghasilkan sebuah kereta lumba dengan menyumbatkan enjin yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 800hp.
20-02-2023
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge