Public Bank Sediakan Pembiayaan Komprehensif Untuk Pengedar Perodua


Public Bank Berhad dan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peniaga berlesen Perodua, dengan tujuan untuk menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang lebih komprehensif.
Kerjasama yang terjalin akan memudahkan interaksi antara kedua-dua organisasi dalam urusan penghantaran permohonan pembiayaan akhir sewa beli, termasuk memuat naik dokumen permohonan asas dan menyemak status permohonan.

Pengarah Urusan Public Bank Berhad, Tan Sri Dato' Sri Dr. Tay Ah Lek (ketiga dari kiri) & Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad (ketiga dari kanan)
Berucap di dalam majlis tandatangan MoC ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Le berkata, “Perodua juga merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia. Di pihak kami, menyokong pertumbuhan industri EEV merupakan tunggak penting bagi agenda Bank dalam menangani perubahan iklim, yang mana Public Bank memperuntukkan lebih RM30 bilion untuk pembiayaan EEV tempatan pada akhir tahun 2022. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV, Public Bank menaikkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.
“Public Bank dan Perodua mempunyai potensi untuk bersinergi dengan baik dan terus bekerjasama, bukan sahaja dalam mengembangkan perniagaan masing-masing tetapi juga untuk menyumbang secara positif kepada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) demi kesejahteraan masyarakat dan dunia,” tambahnya.


Perodua Axia 2023 (D74A) - salah satu Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang kini dijual oleh Perodua
Turut menyaksikan majlis tandatangan ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, yang mengucapkan rasa terima kasih kepada Public Bank kerana menyediakan perkhidmatan ini yang secara langsung memenuhi keperluan Perodua dalam aktiviti semasa dan masa depan.
“Saya harap kerjasama ini akan membawa kedua-dua organisasi ke tahap yang lebih tinggi,” kata Dato’ Sri Zainal.
Tandatangan MoC ini menunjukkan komitmen Public Bank untuk menyumbang kepada pembangunan mampan masyarakat serta memacu industri EEV negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, Public Bank juga telah meningkatkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat