PRO-NET & Public Bank Bekerjasama, Tawar Khidmat Kewangan Digital Komprehensif
-full.jpg)
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Public Bank Berhad pada 9 Ogos 2023 lalu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif bagi produk smart Malaysia.
Melalui kerjasama ini, Public Bank akan melancarkan platform digital yang mengintegrasikan sistem smart Malaysia dan penjual sah kenderaan tersebut bagi memudahkan permohonan pembiayaan sewa beli dan pembiayaan Penstokan Lantai, segalanya di hujung jari. Pendekatan baharu ini berpotensi meningkatkan bahagian pasaran Public Bank dalam perniagaan kenderaan elektrik (EV).
-full.jpg)
PRO-NET, pengimport dan pengedar berlesen kenderaan smart di Malaysia dan Thailand, baru-baru ini menerima tumpuan umum selepas mempamerkan EV smart #1 semasa Electric Vehicle Expo (EVx) 2023.
Upacara penandatanganan MoU yang berlangsung di Menara Public Bank turut dihadiri oleh Pengarah Urusan dan CEO, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Timbalan CEO Public Bank, Dato’ Chang Kat Kiam, CEO PRO-NET, En. Zhang Qiang dan Ahli Lembaga PRO-NET, En. Roslan bin Abdullah dan En. Wang Huaibing serta wakil pengurusan lain.
-full_normal.jpg)
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek dalam ucapannya berkata, “Menyokong pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sentiasa menjadi tunjang utama agenda pemeliharaan iklim kami.
Bank memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion dalam pembiayaan NEV domestik pada akhir tahun 2022, mewakili kira-kira 52 peratus daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan Sewa Beli Bank.
“Untuk membuktikan komitmen Bank, sasaran pemberian pinjaman untuk NEV kini ditingkatkan kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.”
-full_normal.jpg)
“Terdapat peluang yang mendorong Public Bank dan PRO-NET untuk memulakan kerjasama dari awal. Kerjasama ini bukan sahaja bermanfaat untuk kami bagi mencapai objektif perniagaan masing-masing, malah turut menyumbang kepada usaha bersama kami untuk menangani perubahan iklim,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, En. Roslan bin Abdullah menyatakan bahawa kerjasama dengan Public Bank diadakan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemblian.
-full.jpg)
Kolaborasi kali ini adalah satu perkara baru kerana smart merupakan jenama EV pertama yang bekerjasama dengan Public Bank, sekaligus mengubah landskap digital industri perbankan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Berita Terkini
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
