ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ranger Raptor Akan Tiba Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara menerima permintaan luar biasa daripada peminat Raptor di seluruh negara, maka Ranger Raptor generasi baharu akan tersedia dalam pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel.

Perkara itu disahkan pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Ranger Raptor generasi baharu itu akan mula ditawarkan kepada para pembeli pada 8 Jun ini.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford,Turse Zuhair berkata, sejak pihaknya melancarkan model Raptor dengan enjin V6 tahun lalu, Ranger Raptor generasi baharu menerima permintaan tinggi.

Ramai pelanggan di Malaysia telah meminta versi enjin yang lain. 


“Kami mengambil maklum tentang perkara itu, dan kini varian dengan enjin 2.0L  Bi-Turbo Diesel yang telah terbukti turut ditawarkan sebagai pilihan untuk pencinta Raptor dan juga peminat trak off-road berkelajuan tinggi lainnya,” katanya.

Menyingkap sejarah Ranger Raptor, ia dibina di atas kejayaan 2.0L Ranger Raptor generasi sebelumnya dengan janaan output sehingga 210 PS dan 500 Nm dari 1,750 rpm.


Bagaimanapun, Ranger Raptor generasi baharu dengan 2.0L Bi-Turbo Diesel ini menawarkan pilihan enjin tambahan untuk pasaran di Malaysia, seperti  mana yang diinginkan pelanggan.

Sama seperti model 3.0L Twin-Turbo EcoBoost V6 yang diperkenalkan tahun lalu, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga hadir dengan penampilan luar yang sasa dan bertenaga serta penggayaan ruang dalaman, teknologi bersepadu serta ciri keselamatan maju selain kepada keupayaan dan komponen yang dipertingkat daripada inovasi tahap baru Ford.

Seiring dengan pelancarannya, tempahan pertama 300 unit Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan dilengkapi khas dengan sistem dashcam Kenwood DRV-A700W. 


Ia mempunyai kamera hadapan Wide-Quad HD (WQHD, 3.7MP) dan kamera belakang Full HD (FHD, 1080p) untuk rakaman dua saluran. Ia dilengkapi dengan G-Sensor tiga paksi yang direka untuk mengesan perlanggaran. 

Sistem ini juga dilengkapi dengan pautan telefon pintar tanpa wayar yang terbina dalam untuk pengurusan mudah rakaman video dan tetapan dashcam.

Penerima GPS terbina dalam secara automatik merakam maklumat pemanduan dan penjejakan lokasi, manakala penapis polarisasi membolehkan gambar yang lebih hidup dan jelas.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk melihat dari dekat model Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu, anda boleh mengunjungi  MRANTI Open Space, Pintu Masuk Barat (sebelum ini dikenali sebagai Taman Teknologi Malaysia), bertentangan Pavilion Bukit Jalil pada 9 hingga 11 Jun ini. 

Lokasi ini dipilih untuk menyediakan pengalaman pandu uji yang meliputi permukaan yang berbeza — jalan tar, serta permukaan berdebu dan berbatu lainnya.

Ranger Raptor generasi baharu dengan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel ini juga akan menjelajahbersama Ford Experience Hub ke bahagian Utara dan  Selatan di Semenanjung, sebagai tambahan kepada lokasi di Sabah dan Sarawak.

Menerusi Ford Experience Hub, pelanggan dan mereka yang berminat boleh merasai sendiri Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu dan kenderaan lain, selain mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan pelbagai inisiatif bersama pelanggan Ford lainnya.

Manfaat Tempahan Awal Khas

Selain itu, bagi 300 pelanggan pertama yang membuat tempahan untuk Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Dieselgenerasi baharu di seluruh negara akan Digital menerima:

Video Recorder (DVR) dipasang ke dalam Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel mereka.

Tawaran istimewa diskaun RM500 untuk satu (1) pakej Ford Ranger Getaways melalui kod promosi, boleh ditukarkan selepas penghantaran kenderaan.

Manfaat tempahan awal tambahan untuk pelanggan yang membuat tempahan semasa acara pelancaran rasmi di MRANTI Open Space (Pintu Masuk Barat) dari 9-11 Jun akan menerima:

Vest Musim Sejuk eksklusif Raptor semasa penghantaran kenderaan.

Untuk keterangan lanjut, layari laman www.sdacford.com.my.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1276

SELANGOR

BSS7139

JOHOR

JC4099J

PULAU PINANG

PSE6762

PERAK

APK6459

PAHANG

CFH4494

KEDAH

KGH5347

NEGERI SEMBILAN

NEL4302

KOTA KINABALU

SJT5355

KUCHING

QAB4024P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-10-2025
Global

26-07-2023
Global

01-11-2022
Berita Auto

28-09-2022
Berita Auto

10-06-2025
Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

24-02-2025
Berita Auto

04-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.