ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV 6/7 Tempat Duduk, Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Dari RM123K, 4 Varian

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Dilancarkan secara rasmi hari ini, Proton X90 bersempena dengan ulang tahun ke-40 syarikat pengeluar. SUV tiga tempat duduk yang diletakkan lebih tinggi selepas X70 ini ditawarkan pada harga yang bermula dari RM123,800, harga atas jalan, tanpa insurans. 


Empat varian ditawarkan:

  • Varian dengan tujuh tempat duduk dalam konfigurasi 2-3-2: Standard, Executive dan Premium
  • Varian enam tempat duduk dalam konfigurasi 2-2-2: Flagship


PRESTASI PROTON X90


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas Zhejiang Geely Group, Eric Li (Li Shufu) antara yang menghadiri majlis pelancaran X90 di MITEC


Dibina berdasarkan Geely Haoyue/Okavango, keemua varian dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu enjin 3 silinder berpengecas turbo 1.5L dengan sistem suntikan bahan api terus yang digabungkan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV) serta unit Belt-Driven Starter Generator (BSG) yang membuatkan kereta memiliki kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 187 hp/300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi  dwi-klac basah tujuh-kelajuan. 


Menurut Proton, penggunaan sistem BSG meningatkan penjimatan bahan api kenderaan sehingga 15% serta memberikan output lebih tinggi berbanding sistem 1.5 TGDi biasa. 


REKAAN DALAMAN DAN LUARAN PROTON X90


Berkepanjangan 4,835 mm dan lebar 1,900 mm dan jarak antara roda sejauh 2,815 mm, X90 adalah 316 mm lebih panjang, 69 mm lebih lebar dan memiliki jarak antara roda yang 145 mm lebih lebar berbanding X70. 


Berikut adalah beberapa ciri Proton X90:


  • Gril hadapannya dengan corak yang diinspirasikan daripada kain songket
  • Konfigurasi enam tempat duduk bagi model Flagship 
  • Pendingin udara yang dipasang di bahagian siling untuk tempat duduk belakang
  • Unit infotainmen 12.3 inci HD
  • Teknologi arahan suara "Hi Proton" untuk mengawal infotainmen, tingkap dan penyejuk udara
  • Kawalan dari jarak jauh dengan aplikasi Proton Link
  • Sambungan wifi dan 4G






CIRI KESELAMATAN PROTON X90


Dari segi keselamatan, X90 hadir dengan beberapa ciri baharu seperti sistem amaran lintasan trafik belakang, amaran pelanggaran belakang dan pengecaman tanda lalu lintas. 


HARGA PROTON X90




Model yang telah mula dihasilkan di kilang pengeluarannya pada Mac tahun ini kini sudah boleh ditempah dengan mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton yang terdekat. Berikut adalah senarai harga jualan, atas jalan, tanpa insurans X90:


  • Standard: RM123,800
  • Executive: RM130,800
  • Premium: RM144,800
  • Flagship: RM152,800



Pembelian adalah termasuk pakej standard iaitu jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB/bulan 5 tahun, dan  buruh percuma sebanyak 6 kali.

ISTIMEWA UNTUK 4000 TEMPAHAN PERTAMA

Untuk 4,000 tempahan Proton X90 pertama akan menerima pakej data ekstra 4GB/bulan selama 5 tahun, Proton X-Watch bernilai RM1,499, serta program insurans Proton yang dinaiktaraf. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1547

SELANGOR

BSS7258

JOHOR

JC4217J

PULAU PINANG

PSE6842

PERAK

APK6538

PAHANG

CFH4510

KEDAH

KGH5386

NEGERI SEMBILAN

NEL4351

KOTA KINABALU

SJT5374

KUCHING

QAB4032P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-03-2026
Kereta Baru

09-03-2026
Global

28-11-2025
Berita Auto

23-06-2025
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

23-01-2025
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

23-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.