Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Syarikat automotif China, Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China, lapor CarNewsChina.
Malah, model pendahulunya turut dijenamakan semula di luar negara sebagai Geely Okavango atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Proton X90.
SUV tiga barisan tempat duduk ini hadir dalam empat varian namun ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu enjin turbo 1.5 liter dan enjin 2.0 liter.

Enjin turbo 1.5 liter dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 178 PS dan 290 Nm, manakala enjin 2.0 liter pula menghasilkan kuasa sebanyak 215 PS dan 325 Nm. Kedua-duanya digandingkan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD).
Model yang dikemaskini ini hadir dengan gril poligon yang telah direka semula, bamparnya juga baharu, liang udara hiasan yang lebih besar.

Secara standard, Haoyue L dipadankan dengan rim bersaiz 19 inci atau 20 inci bergantung pada varian.
Dari segi saiz, Haoyue L berukuran panjang 4,865 MM dengan jarak roda 2,825 MM, lebar 1,910 MM dan tinggi 1,770 MM. Ia menawarkan ruang but maksimum sehingga 2,050 liter apabila kerusi baris ketiga diratakan.
Menjengah bahagian kabinnya, ia menerima kemasan soft-touch baharu. Apa yang penting, Geely menawarkan pilihan tempat duduk dua baris (5 tempat duduk) serta tiga baris (6 dan 7 tempat duduk).

Selain itu, mengenai kelengkapan yang ada pada model ini adalah termasuk skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci, kluster instrumen digital 10.2 inci, dan kedua-duanya menyokong perisian Flyme Auto.

Difahamkan, varian 6 tempat duduk menjadi rebutan setakat ini. Lagipun, varian ini kelihatan mewah kerana ia hadir dengan kerusi kapten di baris kedua lengkap dengan fungsi pemanas, pengudaraan dan urutan.
Seperti biasa, varian lebih tinggi menerima ciri sistem bantuan pemandu (ADAS) Tahap 2 yang terdiri daripada Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran, Bantuan Kekal Lorong, sistem keluar lorong, serta set kamera 540 darjah.

Di China, Geely Haoyue L generasi baharu ini bersaing sengit dengan model seperti Chery Tiggo 8, Jetour X70 (VT9), serta versi tiga baris GWM Haval H6 (dikenali sebagai H6L).
Dari segi harga, Haoyue L dijual semurah 99,900 yuan (RM58,265) hingga 129,900 yuan (RM75,762), namun harganya bergantung kepada varian.
Melihat kepada spesifikasinya, adakah satu hari nanti kita akan melihat Proton X90 yang dikemaskini seperti mana model ini?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik
𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.
15-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini
Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.
23-01-2025
Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors
Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.
23-08-2024
2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013
Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...
05-02-2024
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
