ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Tiga Pusat 3S BYD Kini Rasmi Dibuka Di Lembah Klang, Ini Waktu Operasinya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Barisan pengurusan tinggi BYD dan Sime Darby Motors hadir merasmikan pembukaan Pusat 3S BYD Ara Damansara

Jenama BYD terus berkembang di Malaysia dengan pembukaan rasmi tiga cawangannya di sekitar Lembah Klang oleh Sime Darby Motors. Pembukaan ketiga-tiga cawangan ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi termasuk Pengerusi dan Presiden BYD, Wang Chuanfu dan Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Dato' Jeffri Salim Davidson,  Sime Darby Motors berkomitmen untuk menjalin kerjasama yang kukuh dengan rakan pengedar, iaitu Sisma Auto dan Millenium Autobeyond dan berharap untuk menyediakan kereta dan penyelesaian BYD yang inovatif dan mampan kepada rakyat Malaysia.


Pusat 3S BYD Ara Damansara


Pusat 3S BYD Ara Damansara di bawah Sime Darby Beyond Auto (SDBA) adalah salah satu daripada tiga cawangan terbaharu BYD. Pusat 3S ini dilengkapi dengan pusat servis yang mempunyai empat ruang servis dengan kapasiti untuk menampung sehingga 270 kenderaan sebulan. Pusat ini dilengkapi dengan fasiliti dan konsep runcit terkini berdasarkan identiti jenama BYD.



Pusat 3S BYD Ara Damansara terletak di kompleks Sime Darby Motors City


Cawangan ini dibuka setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad dan cuti umum.


Pusat 3S BYD Glenmarie


Pusat 3S  BYD kedua yang dirasmikan terletak di Glenmarie, Shah Alam. Berdiri di atas tapak berkeluasan 21,527 kaki persegi, di sini terdapat sebuah bilik pameran yang lebih besar, boleh mempamerkan sehingga sembilan kereta. Pusat ini dilengkapi dengan 10 ruang servis kenderaan.



Daripada ketiga-tiga cawangan Pusat 3S yang dibuka, cawangan Glenmarie memiliki ruang pameran terbesar dengan kapasiti sembilan kenderaan


Pelanggan boleh melawat cawangan ini setiap hari kerja (Isnin-Jumaat) dari jam 9 pagi hingga 6 petang, dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad.


Pusat 3S BYD Jalan Cheras


Akhir sekali ialah pusat 3S BYD yang terletak di Jalan Cheras yang beroperasi di bawah Millenium Autobeyond. Fasiliti ini dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 21,323 kaki persegi yang boleh menampung ruang pameran untuk empat buah kenderaan dan pusat servis dengan lima ruang servis.



Pusat 3S yang terletak di Ara Damansara, Glenmarie dan Cheras kesemuanya dilengkapkan dengan fasiliti servis


Cawangan ini beroperasi dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang dari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad.


Kemudahan


Pelanggan yang mengunjungi kesemua pusat 3S ini akan dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti ruang duduk yang selesa, sambungan Wi-Fi percuma, akses kepada kemudahan pengecas di premis ini, serta kopi dan snek yang disediakan secara percuma (hanya di cawangan terpilih).



Ketiga-tiga cawangan lengkap dengan ruang duduk selesa, sambungan Wi-Fi dan pengecas EV


Pembukaan ketiga-tiga pusat 3S ini diharapkan dapat memberikan sokongan yang lebih baik terhadap jenama tersebut memandangkan permintaan untuk produk EV-nya terus meningkat. Buat masa ini, satu-satunya model yang ditawarkan BYD untuk pasaran Malaysia adalah SUV EV BYD Atto 3, yang dijual dengan harga bermula RM149,800 hingga RM167,800.

BYD Atto 3


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA4817

SELANGOR

BSV2920

JOHOR

JH7610J

PULAU PINANG

PSH5424

PERAK

APN2130

PAHANG

CFJ4636

KEDAH

KGJ9130

NEGERI SEMBILAN

NEM6571

KOTA KINABALU

SJV2938

KUCHING

QAB702Q

Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara

Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara

BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.

18-11-2026
Berita Auto
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.

05-11-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Berita Auto
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026

Berita Terkini

EV
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV
BYD Flash Charging Bakal Dilancar

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026
EV
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.

10-11-2026
EV
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.