ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banyak Betul Perodua Buat Kejutan Selepas Axia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ada desas-desus mengatakan bahawa pembuat kereta nasional, PERODUA bakal melakar sejarah tersendiri kerana sedang membangunkan model SUV segmen B D66B.

Dikhabarkan, ia akan dibina dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang dibangunkan khusus untuk pasaran serantau ASEAN.

Enggan mahu mahu membuat andaian tidak berasas namun artis automotive terkenal, Theophilus Chin sudah memberi bayangan bahawa kod projek D66B atau Perodua Nexis akan dibina berasaskan Toyota Yaris Cross.

Itu yang akan berlaku pada Perodua Nexis diman Theottle melakukan pengubahan Yaris Cross kepada Nexis.

image.png

Pendek kata, nasib Nexis sama seperti Perodua Ativa yang merupakan versi tukar lencana daripada Daihatsu Rocky atau Toyota Raize.

Berbalik kepada perubahan, Nexis menampilkan reka bentuk lampu hadapan yang tajam sama seperti Yaris Cross, selain menampilkan set bampar hadapan dan gril hadapan yang berbeza. 

image.pngimage.png

Selain daripada lambang Perodua, Nexis juga didatangkan dengan jalur DRL LED secara menegak yang kelihatan seperti ia datang terus daripada Perodua Myvi gen ketiga facelift.

Profil sisi Nexis, juga kelihatan sama  dengan Yaris Cross, kecuali bahagian roda.

image.png

Biarpun Theottle memberikan banyak sentuhan Perodua di bahagian hadapan namun Theottle  memberikan bahagian belakang Perodua Nexis seolah-olah Lexus, disebabkan bar lampu belakang LED tajam yang melintasi pintu belakang SUV.

Biarpun ia dibangunkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk SUV subkompak sporty di pasaran serantau, Toyota Yaris Cross menyokong platform DNGA yang sama yang digunakan dalam tiga kembarnya iaitu Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Perodua Ativa.

Ia dipasarkan sebagai SUV segmen B di Indonesia.

image.pngimage.png

Untuk pasaran Indonesia, Yaris Cross standard dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 4 2NR-VE – enjin yang sama digunakan dalam kebanyakan model Toyota termasuk Vios baharu (AC100). 

Ia menjana kuasa setakat 105 hp dan 138 Nm manakala enjinya  dipadankan sama ada kotak gear manual lima kelajuan atau CVT.

Terdapat juga varian hibrid Yaris Cross yang disumbat dengan enjin petrol kitaran Atkinson 2NR-VEX 1.5 liter NA dimana ia boleh menghasilkan kuasa 90 hp dan 121 Nm.

Ia dipadankan dengan motor elektrik dimana ia pula boleh menghasilkan kuasa 79 hp dan 141Nm. 

Apapun dengan adanya barisan Perodua pada masa ini, ia tidak mempunyai pesaing B-SUV yang 'sebenar'.

Maka agak adil  buat kita membuat andaian bahawa Perodua Nexis/D66B berasaskan Yaris Cross akan membuat penambahan hebat kepada jenama pembuat kereta nasional ini.

image.png

Buat masa ini, satu-satunya tawaran SUV Perodua ialah Perodua Aruz tiga tiga tempat duduk serta Perodua Ativa berasaskan DNGA.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan..


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4976

SELANGOR

BSV1295

JOHOR

JH4296J

PULAU PINANG

PSH4118

PERAK

APM9627

PAHANG

CFJ4115

KEDAH

KGJ8212

NEGERI SEMBILAN

NEM5912

KOTA KINABALU

SJV1864

KUCHING

QAB219Q

Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Selangor Juara Keseluruhan Badminton KPM-Perodua

Selangor Juara Keseluruhan BTDP, Lahir Bakat Muda Badminton Negara.

13-11-2026
Berita Auto

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Perodua menerajui carta jualan September 2026.

15-10-2026
Berita Auto

Mampukah SUV Baru PROTON Cabar Ativa?

Mampukah SUV baharu Proton ini menewaskan Ativa?

15-10-2026
Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.