Dah 1,000 Unit Porsche Cayenne Dihasilkan Porsche Malaysia!

Porsche Malaysia dengan bangganya telah mengumumkan penghasilan unit ke-1,000 model Porsche Cayenne yang dipasang tempatan (CKD).


Model ini diperkenalkan pada bulan Mei tahun lalu dan dipasang di fasiliti tempatan oleh rakan kongsi, Inokom, di Kulim, Kedah. Fasiliti ini juga menjadi fasiliti CKD pertama untuk jenama Porsche di luar Eropah. Dengan pemasangan yang dapat dilakukan di dalam negara, Cayenne yang dihasilkan di Malaysia dapat ditawarkan pada harga asas yang menarik hanya RM550,000 tanpa pilihan tambahan dan insurans.

Cayenne varian asas yang dikeluarkan di Kulim ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo V6 3.0L yang menghasilkan kuasa sebanyak 335 hp dan tork 450 Nm. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan Tiptronic S. Model ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 245 km/j.
Semasa dilancarkan, Porsche Malaysia menyertakan pelbagai kelengkapan standard tambahan untuk Cayenne CKD seperti Porsche Dynamic Lighting System (PDLS), rim aloi RS Spyder 21 inci, sistem audio premium hi-fi Bose dengan 14-speaker, temapt duduk hadapan yang boleh dilaraskan kepada 14 arah (dengan fungsi ingatan), serta bantuan parkir yang menggunakan kamera pandangan hadapan, belakang, dan sekeliling.
Pelanggan juga boleh memilih dari katalog aksesori Porsche Tequipment. Terdapat juga Pakej Porsche Exclusive Manufaktur yang tersedia sebagai pilihan tambahan dengan bayaran RM58,000, yang termasuk elemen reka bentuk luaran Porsche SportsDesign dan pakej ekzos sporty. Jam tangan Porsche Design juga ditawarkan pada harga RM38,888.


"Fasiliti pemasangan tempatan kami di Inokom terus menyokong pertumbuhan dan memenuhi permintaan peminat kereta sports di Malaysia. Pertumbuhan ini juga menjadi bukti kualiti tinggi yang kami tawarkan, menunjukkan bahawa Porsche dibina mengikut piawaian tertinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Malaysia, Christopher Hunter, dalam siaran akhbar yang dikeluarkan untuk mengumumkan pencapaian ini.


Selain itu, Porsche Malaysia menekankan kepentingan pasaran Malaysia bagi jenama mereka dan hubungan jangka panjang antara Porsche dan Sime Darby. Fasiliti Cayenne CKD ini juga dikendalikan sepenuhnya oleh pekerja tempatan yang mahir.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge