Ini Dia Rekaan Semula C111 1970-An, Mercedes-Benz Vision One-Eleven - EV Dengan Teknologi AR

Kereta prototaip eksperimental Mercedes-Benz C111 adalah salah satu kereta sport ikonik yang muncul buat pertama kalinya pada era 1970-an. Walaupun hanya sebuah prototaip, model yang hebat ini mencapai status ikoniknya kerana reka bentuk radikal dengan bukaan pintu seperti sayap burung, bentuk unik dan banyak lagi.

Setelah berpuluh tahun berlalu, Mercedes-Benz akhirnya memberikan penghormatan yang selayaknya diberikan kepada model ikonik ini, kali ini dalam bentuk kereta konsep Mercedes-Benz Vision One-Eleven versi elektrik penuh. Model ini telah dipertontonkan pada minggu lalu di International Design Center Mercedes-Benz di Carlsbad, California.

Secara visual, Vision One-Eleven mempunyai reka bentuk yang secara keseluruhannya menyerupai C111, tetapi dengan gaya yang lebih futuristik yang sesuai untuk zaman abad ke-21. Di bahagian depan, Vision One-Eleven menggunakan bampar berbentuk bujur, di sini juga terdapat dua lampu bulat dan sepasang rongga ventilasi bergaris tiga di kedua-dua hujungnya.



Vision One-Eleven mempunyai pintu bukaan atas seperti versi asal. Selain itu, EV konsep ini dilengkapi dengan elemen aerodinamik yang kelihatan agresif, termasuk splitter hadapan dengan canard di sisi, diffuser belakang, serta skirt tepi dengan sirip yang menonjol - semuanya dalam warna hitam, kontra daripada jingga terang yang digunakan pada badan kereta.
Berbeza dengan C111 lama, Vision One-Eleven menukarkan enjin bahan api kepada enjin elektrik tulen. EV Vision One-Eleven menggunakan enjin elektrik aksial-fluks yang direka oleh YASA - anak syarikat teknologi berpangkalan di UK yang merupakan subsidiari Mercedes-Benz. Motor yang digunakan tidak mengambil banyak ruang berbanding motor magnet sinkron konvensional, membolehkan lantai Vision One-Eleven dapat direka lebih rapat kepada permukaan jalan.


Setiap motor yang dihasilkan YASA boleh menghamburkan kuasa sebanyak 250 kW dan sekiranya kesemua roda dilengkapi dengan motor ini, membolehkan sistem keseluruhannya mencapai 1,000 kW (1,341 HP). Ini hanya satu kemugkinan, kerana Mercedes-Benz tidak membuat sebarang pengumuman mengenai output EV konsep ini.
Berdiri pada ketinggian yang hampir mencecah permukaan lantai, membolehkannya mempunyai tempat duduk sporty dengan aura seperti di dalam sebuah kereta Formula One di dalam kabin. Di dalam kabin sama, EV ini menggunakan warna tema yang unik, iaitu gabungan warna perak dan jingga. Antara ciri menarik lain ialah skrin paparan yang melintang di sepanjang dashboard, kanopi kaca berkelebaran penuh, serta stereng berbentuk segi empat yang berwarna jingga.




Sekiranya paparan piksel yang digunakan model ini kelihatan agak klasik, anda boleh memilih untuk memakai headset AR yang boleh memaparkan seluruh kereta sebagai sebuah interface. Pandangan AR ini membolehkan anda melihat ‘menembusi’ tiang A.

Konsep yang sangat dahsyat bukan? Bagaimanapun, seperti yang dikatakan di dalam artikel, ini hanyalah sebuah model konsep yang digunakan oleh para pereka sebagai satu platform latihan reka bentuk. Kemungkinan model ini untuk dikeluarkan sebagai model pengeluaran agak tipis, lebih-lebih lagi kerana Mercedes-Benz tidak mengumumkan sebarang butiran teknikal sebenar mengenai kereta ini.
Apa pendapat anda mengenai kereta konsep Mercedes-Benz Vision One-Eleven ini? Kongsikan pandangan anda di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


