Jom Cuba BYD Atto 3 Di 168 Park Selayang

168 Park Selayang telah menjalin kerjasama dengan syarikat BYD untuk membawakan teknologi EV yang serba maju ke Galeri Jualan 168 Park Selayang, baru-baru ini.
Kerjasama berkenaan akan diketengahkan menerusi pameran di Galeri Jualan 168 Park pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini.
Untuk makluman anda, 168 Park Selayang bakal menjadi mercu tanda pembangunan yang menampilkan suasana serba moden ke Selayang, namun ia juga salah satu projek pembangunan yang menerapkan elemen kehidupan mampan dengan menyediakan 12 pengecas EV dalam projek pembangunannya.
Sebanyak tiga unit pengecas EV disediakan di pusat beli-belah komersil untuk kegunaan pengunjung manakala sembilan lagi unit akan diletakkan pada tiga blok kediaman dengan tiga pengecas untuk setiap blok.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 168 Park Selayang Sdn Bhd, Edward Lum berkata, pihaknya cukup teruja untuk bekerjasama dengan BYD dalam mempamerkan teknologi paling maju EV yang dinanti-nantikan ini di Galeri Jualan.
“Kerjasama ini seiring dengan visi kami untuk menyediakan persekitaran kehidupan yang mampan dan menarik perhatian bakal pembeli daripada pelbagai latar belakang yang berkongsi komitmen kami dalam pemeliharaan alam sekitar.
“Sebagai pemaju hartanah, kami perlu bersedia untuk masa hadapan dan atas sebab itulah kami bekerjasama erat dengan pelbagai pihak untuk memastikan integrasi pengecas EV di pusat beli-belah dan blok kediaman kami, dengan melengkapkan kemudahan pengecasan yang selesa untuk penduduk dan pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang pameran di Galeri Jualan 168 Park Selayang, pengunjung berpeluang untuk melihat dan memandu uji kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya BYD ATTO 3.
Malah, pameran itu turut menawarkan pengalaman untuk pengunjung meneroka teknologi EV paling canggih BYD.
Apa yang cukup menarik ialah bakal pembeli yang menandatangani borang tempahan unit 168 Park Selayang berpeluang untuk membeli BYD dengan kotak pengecas dinding secara percuma dan penggelap cermin kereta.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.168parkselayang.com.my/
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat