Kabin Peugeot 3008 2024 Didedahkan – Panoramic i-Cockpit, Moden & Memukau
Sofea Najmi
7-6-2023
Peugeot telah mendedahkan reka bentuk dalaman i-Cockpit yang baharu berkonsepkan panoramik bagi Peugeot 3008 versi elektrik yang bakal diperkenalkan pada bulan September tahun ini.
Baca: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ruang Kabin Peugeot 3008 2024
Berdasarkan gambar ruangan dalam yang dikongsikan, model ini dilihat menggunakan skrin panorama melengkung yang bersaiz 21 inci, skrin ini dapat berdiri dengan bantuan ‘kaki’ penegak di bahagian belakang untuk menghasilkan visual seolah-olah terapung di atas papan pemuka. Skrin ini merupakan gabungan instrumen digital, paparan-di-kepala (HUD) dan juga sistem infotainmen.
Bahagian kanan skrin lebar ini sensitif sentuhan untuk memudahkan akses kepada kawalan iklim, tetapan dan sistem infotainmen.
Selain itu, turut terdapat sistem kawalan “i-Toggles” yang menempatkan 10 butang kawalan sentuhan, ciri ini menggantikan suis berkonsepkan kokpit kapal terbang yang digunakan sebelum ini. Kawalan sentuh tambahan tedapat pada stereng kereta, walaupun butang ini sensitif sentuhan, tetapi Peugeot telah meletakkan ciri tactile clicking untuk mengelakkannya daripada ditekan secara tidak sengaja.
Konsol tengah diletakkan tinggi dengan gaya rekaan yang lebih futuristik berbanding Peugeot 3008 yang ditawarkan sekarang. Di sini tedapat butang kawalan volum berbentuk silinder dan juga brek parkir elektrik. Penukar gear automatik pula telah dialihkan ke papan pemuka bersebelahan dengan butang start-stop.
Untuk menaikkan lagi aura ruang kabin, Peugeot memasang pencahayaan ambien di sepanjang papan pemuka dan panel pintu. Terdapat lapan pilihan warna yang berbeza, pemandangan di ruang kabin bertambah indah dengan pantulan cahaya ambien pada kemasan aluminium yang digunakan.
Imej-imej yang dikongsikan menunjukkan ruang kabin varian teratas Peugeot 3008 2024, GT. Motor1 melaporkan, Panoramic i-Cockpit akan dipasangkan dalam model-model lain yang bakal dikeluarkan Peugeot pada masa akan datang termasuk 5008 generasi seterusnya.
Bagaimana Pula Dengan Rekaan Luaran Peugeot 3008 2024?
Peugeot bagaimanapun tidak mendedahkan reka bentuk luaran model ini secara rasmi, namun portal lain pernah berkongsi imej intipannya yang dibalut dengan pelekat samaran. Berikut adalah salah satu imej yang diambil daripada Motor1:
Imej intipan Peugeot 3008 2024 (Sumber: Motor1)
Apa Lagi Yang Kita Tahu Tentang Peugeot 3008 2024?
SUV kompak ini dijangka akan menggunakan platform STLA Medium baharu, menggantikan platform EMP2. Model ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan kuasa elektrik dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 700 km, lapor Carscoops.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai model ini, nantikan pendedahan yang kami akan kongsikan pada masa akan datang.
Inginkan sumber berita automotif terkini yang terbaik? Layari CariCarz.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2071
SELANGOR
BSE4645
JOHOR
JXW5396
PULAU PINANG
PRQ3637
PERAK
ANV3682
PAHANG
CFB6691
KEDAH
KGA4275
NEGERI SEMBILAN
NEF7233
KOTA KINABALU
SJK7494
KUCHING
QAB3137L
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
SUV Elektrik Peugeot e-3008 Dipertontonkan – Capai 700 KM, Pelancaran 2025 Nanti?
Di sebalik perhatian yang diberikan kepada model lain di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Peugeot turut mempertontonkan SUV elektrik, Peugeot e-3008.
12-12-2024
Bermaz Auto Buat Tawaran Luar Biasa Untuk SUV Peugeot Terpakai, Rugi Terlepas!
Beli Peugeot terpakai pada harga yang tak masuk akal, siap ada pembiayaan khas! Rugi tak beli...
10-01-2024
Pemenang “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain” Bermaz Auto Diumumkan
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd telah mengumumkan pemenang bertuah kempen “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain."
18-10-2023
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
06-06-2023
Peugeot Roadshow: Macam-Macam Model Ada!
Peugeot Roadshow sedang berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.
17-05-2023
[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.
13-03-2023
Peugeot Sudah Kembali Untuk Bersaing Dalam Segmen SUV Dengan 3008, 5008.
Pasukan media menyertai sesi pandu uji Peugeot 3008 dan 5008 baru-baru ini.
26-01-2022
Berita Terkini
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV
ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
29-04-2025
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
18-02-2025
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD
‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”
15-02-2025
Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan
Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.
12-02-2025
Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S
Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.
06-02-2025
Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak
Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...
28-01-2025
Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance
Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘SOS Balance’.
23-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat