ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Peugeot Sudah Kembali Untuk Bersaing Dalam Segmen SUV Dengan 3008, 5008.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Beberapa bulan lalu, kami dijemput untuk menyertai sesi pandu uji media untuk menguji kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 dan 5008 dan sudah pastinya hasil keputusannya menakjubkan!


Sesi pandu uji media itu dianjurkan oleh Bermaz Auto Alliance. Program itu bermula dari Glenmarie, Shah Alam hingga ke Genting Highlands.


Kira-kira 18 organisasi media tidak melepaskan peluang untuk merasai pemanduan jentera itu.




Di sebalik prosedur operasi standard yang ketat, setiap media diberikan sebuah kereta. Tiada perkongsian kereta kali ini!


Apapun, kami berpeluang menikmati pemanduan 5008 hingga ke Genting Highlands dan kemudian memandu 3008 ketika menuruni puncak Genting.




Untuk makluman anda, kedua-dua model  ini dikuasakan dengan enjin 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dan dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.


Oleh itu, ia   mampu menjana 165hp dan tork 240Nm dan kesemua kuasanya dihantar ke roda hadapan.


Berbanding dengan versi pra-faceliftnya, SUV ini yang dipasang di kilang Stellantis di Gurun, Kedah dilengkapi dengan lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED bersama indikator belok.




Ia juga hadir gril tanpa bingkai, pintu belakang berkuasa tinggi boleh diprogramkan dengan sensor kick dan sensor parkir di sekeliling SUV.


Berbalik kepada program itu, kesemua media berkumpul di Glenmarie untuk menikmati sarapan, mendengar taklimat sebelum penganjur melepaskan konvoi jentera berkenaan.


Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin, kami teruja dengan keluasan dan rekaan dalamannya.


Apa tidaknya, ia bukan sahaja elegan malah  kelihatan agak futuristik dan cukup selesa.




Selepas memandua kedua-dua jentera itu, nampaknya  Peugeot 3008 dan 5008 dilengkapi dengan i-Cockpit yang terdiri daripada kluster instrumen 12.3 inci,  sistem infotainmen 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.


Ia juga hadir dengan pengecas wayarles Qi, gabungan upholsteri kulit, getah dan fabrik, stereng kulit dilengkapi dengan pelbagai fungsi, tempat duduk yang dibaluti dengan kulit boleh dilaraskan, bumbung panoramik berkuasa termasuk kawalan iklim automatik dwi-zon


Malah, terdapat juga  lubang udara di bahagian belakang (untuk 5008), cermin pandang belakang elektrokromik, lampu ambien biru, perehat tangan dan  terdapat sistem kawalan cengkaman dengan lima  mod.




Begitupun, bahagian dalamannya kelihatan agak moden.


Rekaan stereng yang kompak, penukar gear dan butang fungsi piano ala-ala piano di bahagian tengah yang menempatkan akses pintas kepada fungsi seperti audio sekali gus membuatkan ia kelihatan seperti kabin kapal angkasa yang anda lihat dalam filem  fiksyen sains atau komik.


Reka bentuknya berpusatkan pemandu, dan pemandu boleh mencapai kesemua kawalan dan dan butang  begitu mudah




Nampaknya, ia tidak tumpah seperti juruterbang mengawal sesebuah kapal terbang.


Sebaik bendera diturunkan dengan menunjukkan isyarat bahawa kami boleh memulakan perjalanan, kami sudah dapat merasakan kelancaran transmisi dan enjin terutamanya ketika kami memecut di NKVE untuk menuju ke Genting Highlands.


Tidak dinafikan, enjinnya cukup berkuasa untuk mencapai had laju yang sah dengan mudah, dan penukaran gear agak lancar dan kami tidak merasakan jentera itu tersentak ketika penukaran gear.


Nampaknya 5008 tidak mempunyai masalah ketika memotong di lebuh raya mahupun ketika menaiki Genting Highlands.


Ia  jelas kekal di jalan raya dan seolah-olah melekat di atas jalan. Kami juga mendapati bahawa pengendalian SUV ini  seolah-olah seperti sedan dan bukannya SUV. 


Sebaik tiba di kawasan parkir Genting Highlands, kesemua media tidak melepaskan peluang merakam gambar dengan SUV itu.




Selepas rehat seketika, kami bersilih ganti 5008 kepada SUV 3008 dan kemudian menghala ke Mont Kiara untuk menikmati makan tengah hari.


Bahagian dalaman 3008 kelihatan sama seperti 5008 dan ruang dan rekaannya cukup hebat.


Mungkin ramai pembaca teragak-agak dengan perbezaan kedua-dua model ini?


Selain daripada perbezaan harga dan kewujudan lubang udara belakang, perbezaan antara 5008 dan 3008 ialah sebenarnya di bahagian tempat duduknya.


5008 hadir dengan tujuh-tempat duduk (5+2) manakala 3008 pula lima tempat duduk.




 Menyentuh mengenai dimensinya, 5008 agak panjang iaitu 160mm, lebih lebar 5mm dan lebih tinggi 27mm dan perbezaan jarak rodanya lebih kurang 110mm. 


3008 mempunyai ruang but selebar 591 liter  jika kesemua tempat duduk direbahkan ke bawah, manakala 5008 pula memiliki ruang but  952 liter (jika barisan tempat duduk belakang dilipat).


Menyentuh mengenai pemanduannya, saya mendapati pemanduan dari Genting Highlands ke Mont Kiara berjalan dengan lancar dan senyap biarpun pada kelajuan tinggi.


Bayangkan tiada bunyi jalan dan tiada bunyi bising tayar. 


Bagaimanapun, kedengaran sedikit bunyi angin. Apabila kereta berada dalam mod sports, kendengaran enjin agak mengaum.


Kami juga tertarik dengan ruang perehat lengan yang kelihatan agak besar. Ia antara yang terbesar dan terdalam yang kami pernah lihat setakat ini.


Ia boleh menyimpan sebuah komputer riba bersaiz 13 atau 15 inci dan kira-kira 40 sentimeter dalam atau pendek kata boleh memuatkan hampir separuh lengan orang dewasa.


Dengan adanya, pengecas wayarles Qi, ia merupakan satu idea yang hebat. Apa tidaknya, kami boleh mengecas telefon bimbit dengan meletakkannya di bahagian atas.


Bagi ciri-ciri keselamatannya, kedua-dua model ini dipadankan dengan pemantau titik buta, bantuan kekal lorong aktif, sistem kawalan turun bukit, enam beg udara, kamera undur, amaran perhatian pemandu dan sistem brek anti-kunci.


Ia juga dilengkapi dengan agihan kuasa brek elektronik, bantuan brek kecemasa, kawalan stabiliti dinamik, anti gelincir, kawalan cengkaman canggih, pintu terkunci secara automati, amaran tidak memakai tali pinggang dan ISOFIX.


Sudah pasti, ramai yang tertunggu-tunggu mengenai harganya.


Peugeot 3008 dijual pada harga RM 161,616 manakala 5008 pula  RM 177,311. Kedua-dua harga itu  termasuk pengecualian cukai jualan yang telah dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.


Jentera ini hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan sejauh 100,000km. Lebih menarik ia juga didatangkan dengan servis percuma selama tiga tahun atau perbatuan 60,000km (mana-mana tiba dahulu).


Pelanggan boleh memilih di antara warna kelabu, putih dan hitam. Warna coklat (Cuprite Brown) eksklusif untuk 3008 manakala warna hijau (Emerald Crystal) khas buat 5008.  


Secara keseluruhannya, kami mendapati bahawa Peugeot 3008 dan 5008 adalah sebuah kereta SUV yang cukup hebat dan ia akan bersaing di pasaran SUV dengan begitu baik.


Biarpun beberapa ciri yang tidak ada dalam SUV ini namun ia akan membuatkan ia kelihatan lebih sempurna.

 

Pada hemat kami, ia sepatutnya dilengkapi dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto dimana ia sudah menjadi satu ciri wajib yang patut ada dalam sebuah kenderaan moden.


Selain itu, ia juga sepatutnya ada kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan autonomi. Apapun, kami mencadangkan supaya terdapat lebih banyak pilighan warna untuk lampu ambien.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG3497

SELANGOR

BSF4838

JOHOR

JYA4553

PULAU PINANG

PRR4758

PERAK

ANW6434

PAHANG

CFC1277

KEDAH

KGA9315

NEGERI SEMBILAN

NEG2297

KOTA KINABALU

SJL2913

KUCHING

QAB5083L

Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

EURO 5 B7

RM 2.94

Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Bermaz Berjaya Kutip Dana  RM800,000

Bermaz Berjaya Kutip Dana RM800,000

Bermaz Motor mengadakan Kejohanan Golf Amal Mazda 2023 untuk Mazda Medicare Fund (MMF) di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam baru-baru ini.

01-11-2023
Global
Mazda CX-60 Masuki Pasaran Singapura – Malaysia Seterusnya?

Mazda CX-60 Masuki Pasaran Singapura – Malaysia Seterusnya?

SUV Mazda CX-60 kini memasuki pasaran Singapura.

25-07-2023
Pandu Uji
[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.

13-03-2023
Berita Auto
Keuntungan Bermaz Auto Cecah RM133.9 Juta Pada FY21, Lebih Tinggi Daripada Tahun Lalu! Ini Sebabnya...

Keuntungan Bermaz Auto Cecah RM133.9 Juta Pada FY21, Lebih Tinggi Daripada Tahun Lalu! Ini Sebabnya...

Bermaz Auto Bhd (BAuto) menunjukkan prestasi kewangan yang membanggakan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 April 2021.

22-06-2021
Global
Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares

Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares

Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

29-05-2025
Berita Auto
Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

16-05-2025
EV
Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.

12-03-2025
Global
Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.

05-02-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.