Laluan USJ-Seafield ELITE Ada ‘Smartlane’ Bermula 1 Jun - 31 Ogos, Ini Waktunya...

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023, setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, kecuali hari-hari cuti umum, untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan USJ-Seafield, terutamanya semasa waktu puncak di sebelah pagi di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, ujian ini dijalankan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Ia bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya,” katanya.

'SmartLane' dilaksanakan di laluan USJ ke Seafield antara KM8.1 dan KM6.1 (arah Utara) lebuhraya ELITE dengan tujuan untuk mengoptimakan penggunaan lorong dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan yang kritikal.
Laluan kecemasan juga akan dibuka sebagai lorong tambahan untuk meningkatkan kapasiti lorong sedia ada dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak di sebelah pagi.
Mohd Yusuf juga menyatakan bahawa berdasarkan kajian dan rekod PLUS, trafik yang bertembung dan keadaan jalan yang sedikit mendaki menyebabkan kesesakan trafik yang tinggi dan perlahan di laluan tersebut. Oleh itu, PLUS mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan ujian rintis awam laluan 'SmartLane' untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak pagi hari bekerja di Lebuhraya ELITE dan meningkatkan tahap perkhidmatan di lebuh raya. Langkah ini melibatkan pemantauan oleh anggota polis, JPJ, dan pasukan PLUSRonda serta pemasangan papan tanda trafik dan menyediakan trak tunda tambahan jika terdapat kecemasan.
"Secara purata, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE pada setiap hari. Daripada jumlah itu, 58 peratus menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi," tambah Mohd Yusuf.
Pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti 'SmartLane' dengan melihat papan tanda dan pengawal lalu lintas di kawasan tersebut, atau dengan merujuk informasi daripada platform media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.
Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda trafik dan arahan pihak PLUS dari masa ke masa.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian
Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.
26-06-2025
Pelantikan Nik Airina Sebagai Pengarah Urusan PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pelantikan Datuk Nik Airina Nik Jaffar sebagai Pengarah Urusan (MD).
06-04-2023
NKVE Ditutup Secara Berperingkat Bermula 30 Mac Ini
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup secara berperingkat bermula esok.
29-03-2023
Lori Terbalik, Mujur Semua Ayam Hidup
Sebuah lori yang membawa ayam hidup, terbalik gara-gara tayar pecah di Kilometer (KM) 222.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dari Simpang Ampat menghala Pedas Linggi, malam tadi.
20-02-2023
Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi
Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.
02-07-2026
Jangan Marah Orang Guna SmartLane Raya Nanti
Sempena musim perayaan Aidilfitri ini, laluan SmartLane dibuka.
25-03-2024
Ramai Keliru Tentang SMARTLANE, Sebab Papan Tanda Kecil Sangat
Betul ramai yang keliru sebab papan tanda SmartLane kecil sangat.
12-03-2024
Kerana ‘Jahil’ SmartLane, Penunggang Motor Rosakkan Kereta Di Lorong Kecemasan
Rupanya masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan laluan SmartLane.
13-02-2024
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

