ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

'Penampakan' EV BYD Dolphin Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png
BYD Dolphin yang dilihat telah mendarat Malaysia di  Pelabuhan Klang (Sumber: WhatsApp)

Awal hari ini, CariCarz.com telah memperoleh foto tanpa tarikh yang tersebar melalui WhatsApp menunjukkan kenderaan elektrik (EV) hatchback kompak BYD Dolphin yang sudah tiba di Malaysia.


Walaupun sumber sebenar foto ini tidak dapat disahkan, tetapi yang pasti, ia diambil di Malaysia. Selain pemandangan yang kelihatan seperti Pelabuhan Klang di latar belakang, anda boleh melihat dengan jelas bahawa Dolphin yang dibawa masuk ini adalah unit pemanduan di sebelah kanan (RHD). Bukan ini sahaja model yang dipaparkan, kerana turut kelihatan adalah SUV elektrik, Atto 3. 


Unit Dolphin yang dibawa masuk ini berkemungkinan besar digunakan oleh pengimport dan pengedar Sime Darby Beyond Auto Sdn Bhd (SDBA) sebagai unit untuk tujuan yang membabitkan undang-undang seperti kelulusan jenis kenderaan (VTA). Ini merupakan langkah penting yang perlu dilalui oleh semua model kereta sebelum dibenarkan dijual di Malaysia. 



dummy.png


Selepas kelulusan jenis, unit ini juga mungkin akan digunakan dalam proses penilaian dalaman oleh SDBA sebelum dilancarkan secara rasmi. Proses penilaian ini adalah termasuk ujian lapangan dan jalan raya, yang kemungkinan akan dijalankan dengan pelekat samaran. 


Menjelang pelancarannya nanti, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi dalam tahun ini, kita boleh menjangkakan kedatangan lebih banyak model ini ke dalam negara untuk tujuan pameran.

 dummy.png

Model mini berskala 1:18 yang dipamerkan semasa pelancaran pembukaan Pusat 3S BYD Sisma Auto di Glenmarie


Untuk maklumat para pembaca, acahan atau teaser Dolphin dan sebuah lagi model lain, sedan sports Seal, telah dibuat semasa pelancaran rasmi BYD Atto 3. Kereta dengan nama yang diambil daripada ‘ikan lumba-lumba’ ini telah pun memasuki pasaran EV Thailand pada bulan Mac lalu dengan harga jualan THB694,000 (sekitar RM89,321) dalam varian tertinggi, Premium S.


Dari segi spesifikasi, BYD Dolphin yang akan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia tidak berbeza dengan di negara Thailand. Varian yang ditawarkan dikuasakan oleh satu motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan yang memberikan output 94 hp/180 Nm. Motor ini yang dikuasakan oleh pek bateri 'blade' berkapasiti 44.9 kWh.


dummy.png

dummy.pngdummy.png


Bateri  yang digunakan boleh menerima pengecasan pantas DC sehingga 60 kW dan berkemampuan untuk mengecas bateri dari 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Dengan cas yang penuh, EV ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 410 km (NEDC). 


dummy.png


Kereta elektrik ini juga hadir dengan fungsi kenderaan-ke-beban (V2L) yang bermaksud ia boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti elektrik lain. 


Dari segi dimensi, BYD Dolphin mempunyai saiz yang agak kompak. Dengan panjang 4,125 mm, lebar 1,770 mm dan jarak roda 2,700 mm, hatchback elektrik ini lebih pendek 220 mm dan lebih lebar 22 mm daripada Honda City Hatchback, menjadikannya sebuah kenderaan sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

14-07-2025
EV

08-10-2024
EV

30-09-2024
Teknologi

03-07-2024
Global

28-03-2024
EV

30-12-2023
Berita Auto

31-10-2023
Global

27-10-2023

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.