Range Rover Evoque 2024 Kini Lebih Bergaya & Canggih, Ini Perinciannya

Jaguar Land Rover (JLR) kini sibuk memperbaharui kenderaan mereka untuk versi penyegaran akan datang versi tahun 2024. Setelah Land Rover Discovery Sport mendapat sentuhan baharu, kini tiba masanya untuk model SUV sport, Range Rover Evoque, untuk menerima penyegaran yang sama.



Untuk reka bentuk luar, Evoque baharu diberikan gril hadapan yang diilhamkan oleh Range Rover L460 berukuran penuh yang baru. Gril tersebut kini disempurnakan oleh sepasang lampu hadapan LED matriks dengan lampu siang (DRL) baharu. Selain itu, Evoque 2024 kini dilengkapi dengan pemegang pintu yang tenggelam pada badan kereta untuk kesan aerodinamik yang lebih baik. Bergerak ke bahagian belakang, model baharu ini menggunakan lampu belakang LED yang telah dipertingkat dengan pencahayaan yang lebih baik.

Evoque 2024 ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna termasuk warna dua ton, selain itu, ia turut ditawarkan dengan pelbagai pilihan reka bentuk rim dengan saiz sehingga 21 inci.


Seperti Discovery Sport, sebahagian besar perubahan berlaku di ruang kabin yang mana Evoque menerima sistem infotainmen Pivi Pro dengan paparan melengkung 11.4 inci. Reka bentuk papan pemuka (dashboard) kali ini juga berkonsep minimalis, pendingin udara kereta pada versi terbaharu ini boleh dikawal melalui skrin infotainmen, sekaligus melapangkan konsol tengah yang kini dijadikan ruang simpanan dan pad pengecas tanpa wayar.

Bagi mengelakkan pemandu daripada menggunakan skrin semasa memandu, JLR telah meletakkan dua bar tepi (sidebar) tetap pada skrin untuk membolehkan pemandu mengakses pelbagai fungsi penting dengan mudah. Selain itu, sistem infotainmen boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Sistem arahan suara Alexa pula telah dipertingkat menunjukkan bahawa model ini kini boleh mendapatkan kemas kini perisian melalui udara (OTA), walaupun tanpa sambungan Wi-Fi.




Teknologi lain yang ditawarkan ialah sistem penapis udara PM2.5 dan aplikasi kawalan jarak jauh yang membolehkan pelbagai fungsi kereta seperti untuk mengunci, membuka kunci pintu, menghidupkan pendingin hawa serta menetapkan jadual pengecasan boleh dibuat melalui telefon pintar.

Dari segi kemasannya, pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan upholsteri yang ditawarkan termasuk balutan yang terbaru, kulit Kvadrat, yang lebih ringan sebanyak 58% berbanding kulit standard, namun memiliki ketahanan yang lebih tinggi.


Mengenai enjinnya pula, semua varian Evoque 2024 kini hadir dengan teknologi elektrik kecuali varian asas, diesel D165 yang menggunakan transmisi manual.
Varian hibrid plug-in (PHEV) P300e, menggunakan pek bateri berkapasiti 14.9 kWh yang menurut JLR, membolehkan kereta mencapai jarak perjalanan sehingga 63 km dalam mod EV, namun dalam dunia sebenar ia boleh pergi sejauh 50 km. Bateri ini boleh dicas semula sehingga penuh dengan pengecas pantas DC sehingga 50 kW dalam masa hanya 30 minit. Sementara itu dengan menggunakan pengecas AC pada kadar 7 kW memerlukan masa selama 2 jam.

Varian enjin lain, diesel D165 dan diesel D200 serta varian petrol P200 dan petrol P250 kini dilengkapi dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV) dengan transmisi automatik.
Empat varian ditawarkan iaitu S, Dynamic SE, Dynamic HSE, dan yang tertinggi, Autobiography. Range Rover Evoque 2024 kini boleh ditempah di pasaran terpilih di Eropah, dengan harga bermula dari £40,080 (RM237,764) - iaitu sekitar £6,010 (RM35,653) lebih mahal daripada harga model asas sebelum ini. Walaubagaimanapun, JLR masih belum mengesahkan tarikh penghantaran Evoque baru ini, dengan menyatakan bahawa pengeluaran akan bermula apabila mereka memperoleh "keyakinan bekalan".

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL2041
SELANGOR
BSS7396
JOHOR
JC4370J
PULAU PINANG
PSE7015
PERAK
APK6673
PAHANG
CFH4535
KEDAH
KGH5507
NEGERI SEMBILAN
NEL4387
KOTA KINABALU
SJT5412
KUCHING
QAB4045P
Terakhir Kemas Kini 17 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K
Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...
20-02-2024
Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan
Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!
31-03-2026
Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K
Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...
20-02-2024
Prestasi Tinggi Jentera Ini Meninggalkan Kesan Mendalam Dalam Filem No Time To Die
Range Rover Sport SVR dirakam melakukan aksi esktrem menerusi filem James Bond, No Time To Die baru-baru ini.
27-10-2021
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat