Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Audi & Import Parallel.

Berita baik buat pemilik Audi dan para pemilik kenderaan import parallel. Anda semua dijemput untuk memanfaatkan kempen selepas jualan "Treat Your Audi".
Anda boleh membawa kereta ke mana-mana Audi Center bagi membuat Pemeriksaan Kondisi Audi (Audi Condition Check, ACC) sepanjang tempoh kempen ini yang akan berakhir pada 30 September ini.
Pemeriksaan komprehensif itu akan menilai kondisi sesebuah kenderaan bagi memastikan aspek kebolehpercayaan, prestasi dan memberi ketenangan minda kepada pemiliknya.
Kempen itu menawarkan pelbagai kelebihan dan sokongan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat kepada para pemilik Audi.
Untuk makluman anda, kempen Treat Your Audi telah pun bermula dari 1 Julai lalu dan akan berakhir pada 30 September ini.
Jadi bagi mereka yang memiliki Audi pula, mereka boleh melakukan perbelanjaan sebanyak RM800 ke atas Pakej Pembaikan Audi atau langganan Audi Plus.
Sepanjang tempoh itu, 30 pemilik Audi yang terpilih berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Audi pada setiap bulan.
Mereka akan dipilih berdasarkan kepada perbelanjaan minimum mereka.
Pengedar rasmi bagi kenderaan jenama Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) berkata, sepanjang tempoh ini, pelanggan Pakej Pembaikan Audi akan menikmati potongan harga bermula 30% untuk set brek yang merangkumi cakera brek, brek pad, penyerap hentakan, galas dan tali sawat pemasaan.
“Pemilik tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti tulen akan digunakan jika ada sebarang pembaikan perlu dibuat di Audi Center.

“Dalam usaha menawarkan servis berkualiti, hanya juruteknik terlatih Audi akan membuat diagnostik, servis dan pembaikan menggunakan peralatan diagnostic terkini,”katanya dalam satu kenyataan.
Malah, pelanggan yang memberi bateri baharu Audi akan layak untuk menerima penjimatan sebanyak 20%.
Lebih penting lagi, Audi mencadangkan agar servis dilakukan pada setiap 12 bulan atau 15,000 kilometer untuk memastikan kereta mampu berfungsi sebaiknya.
Untuk keterangan lanjut, layari www.audi.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU7184
SELANGOR
BSU5201
JOHOR
JG1465J
PULAU PINANG
PSG6018
PERAK
APM3984
PAHANG
CFJ1773
KEDAH
KGJ5296
NEGERI SEMBILAN
NEM3489
KOTA KINABALU
SJU6323
KUCHING
QAB7901P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990
Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
08-05-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi
Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.
15-01-2025
Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!
Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.
21-11-2024
Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’
PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.
08-10-2024
Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K
PHSAM mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektriknya.
17-01-2024
Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad
PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.
06-11-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai
PHSAM menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.
28-07-2023
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

