ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Buat Peminat EV, Jom Tengok #1 Di Shah Alam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) buat julung kalinya menayangkan model elektrik pertamanya, smart #1 kepada orang awam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bermula hari hingga esok.

Sebelum ia membuat penampilan umum di khalayak ramai, kami di CariCarz.com telah diberi akses awal untuk menyaksikan dengan lebih dekat smart #1 di ibu pejabat Smart Malaysia di Subang Jaya, baru-baru ini.

Untuk makluman anda, smart #1 ialah SUV segmen B serba elektrik yang dibangunkan hasil perkongsian daripada  dua pemegang saham utama smart - Mercedes-Benz Group dan Geely Holding.

Bercakap mengenai SUV ini, ia menampilkan bahasa reka bentuk yang sangat unik dan cukup bergaya memandangkan isyarat reka bentuk sama seperti rekaan Mercedes-Benz dimana anda boleh melihat dengan jelas pada bahagian luarannya.

Menjengah bahagian luarannya, fascia hadapan smart #1 didatangkan dengan lampu depan LED CyberSparks yang bergaya dengan lampu nyalaan siang berbentuk Y yang agak menonjol.

image.png

Sebelum terlupa, lampu depannya ketika bernyala akan  mengikut rentak muzik yang dimainkan.

image.png

Lampu ini dilihat merentangi kelebaran kereta lalu menghubungkan kedua-dua lampu berkenaan. Di bawahnya pula  terletak gril hadapan tiruan pencahayaan serta diapit oleh sepasang saluran udara yang membantu meningkatkan lagi aerodinamik SUV ini.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah mengenai pemegang pintunya dimana ia boleh diretrak dengan lampu panduan yang akan menyala sebaik kereta dibuka.

image.png

Dari sisi, anda boleh melihat siluet SUV ini adalah berkotak tipikal, dengan bahagian di atas garis tepinya semuanya warna hitam berkilat sekalu gus  memberikan kemasan dua tona.

Bagi menonjolkan lagi gaya rekaan jentera ini, tingkapnya hadir tanpa bingkai di bahagian hadapan dan belakang.

image.pngimage.png

Model dalam gambar ini ialah dari varian #1 Premium yang didatangkan rim aloi bersaiz 20 inci  dan menggunakan tayar Continental EcoContact 6.

Memandangkan model ini hanyalah pratonton, maka Smart Malaysia masih belum mengesahkan spesifikasi terakhir pada persediaan dalaman dan  trenkuasa #1.

image.png

Bagaimanapun, #1 yang ditayangkan ini adalah unit import sepenuhnya (CBU) daripada kilang di Xi'an, China dimana kami boleh menjangkakan spesifikasinya akan agak serupa.

Untuk varian Premium ini, ia dilengkapi dengan motor elektrik di belakang dimana ia boleh menghamburkan kuasa setakat  268 hp (200 kW) dan 343 Nm.

SUV comel ini mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 6.7 saat dan ia mampu mencapai kelajuan maksimum pada 180 km/j.

image.png

Difahamkan, kelajuannya dihadkan secara elektronik untuk mengekalkan jangka hayat baterinya.

Ia  menggunakan platform Sustainable Electric Architecture (SEA) yang dibangunkan Geely menyokong bateri berkapasiti 400v dan 800v.

#1 yang disumbat dengan bateri lithium nickel manganese cobalt oxide (NMC) 66-kWh menyebabkan ia mampu  menyediakan jarak perjalanan 440 km dalam kitaran WLTP.

Pek baterinya menyokong pengecasan AC berkapasiti 7.4kW dan pengecas pantas berkapasiti 150kW.

Menerusi pengecasan AC, baterinya boleh penuh dalam masa 10 jam manakala DC hanya mengambil 27 minit untuk penuh dari 0-80 peratus.

image.png

Buat masa ini, bahagian kabinnya masih belum didedahkan namun apa yang pasti, ia akan menawarkan ciri yang agak premium.

Menurut Smart Malaysia dan PRO-NET, #1 akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini  dimana ia mampu bersaing dengan Mercedes-Benz EQA, Volvo XC40 Recharge dan Volvo C40 Recharge.

Apa pula pandangan anda mengenai varian Premium #1. Kongsikan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA9251

SELANGOR

BSQ4732

JOHOR

JYX6250

PULAU PINANG

PSC6395

PERAK

APH8230

PAHANG

CFG6502

KEDAH

KGG3028

NEGERI SEMBILAN

NEK5347

KOTA KINABALU

SJS1510

KUCHING

QAB9235N

Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
EV

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.