Dah Buat Orang Hilang Nyawa, Sanggup Mengaku Mental

Gara-gara lawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Ducati, seorang pemandu lori mengaku dirinya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) selain menerima rawatan sebagai pesakit mental.
Memetik kenyataan Sinar Harian, ketika prosiding di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad, 42, telah menerima surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang, malah mendapat ubat untuk rawatan psikiatri.
Sebelum ini, dia kehilangan pekerjaan sebagai pengemudi kereta api kemudian mencari rezeki dengan memandu lori.
“Tekanan perasaannya semakin meruncing selepas terlibat dalam kemalangan, sedangkan dia perlu menyara isteri dan tiga anak berusia 17, 12 dan lapan tahun,” kata peguam itu.
Semasa kejadian Izleen berkata, anak guamnya tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya perlanggaran.
Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah membenarkan Mudzyadaha menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada bulan lepas, akhbar tempatan menyiarkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale tercampak dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, Ampang gara-gara seorang penunggang motosikal menunggang secara lawan arus.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di SUKE menunjukkan mangsa yang berusia 60 tahun sedang melalui satu laluan berselekoh sebelum secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam keadaan melawan arus .
Penunggang motosikal Ducati terbabit cuba mengelak lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan dan terhumban dari atas jejambat pada ketinggian lebih kurang 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan.
Akibat terkena penghadang jalan, mangsa terpelanting.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge