Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Tahukah anda, Perodua Bezza dan Proton Saga berada di kedudukan antara kelima sebagai kereta sedan paling laris di dunia.
Ya, jangan terkejut dengan fakta ini!


Laporan ini didedahkan oleh penganalisis automotif bebas, Felipe Munoz melalui laman Instagram @carindustryanalysisnya, baru-baru ini.
Sebelum kita meneruskan mengenai laporan ini, berikut adalah PENAFIAN: kedudukan yang dipetik oleh Munoz sebenarnya tidak disahkan oleh mana-mana pihak.
Sebaliknya, Munoz menyifatkan bahawa Perodua Bezza dan Proton Saga dinobatkan sebagai sedan Segmen-B éntry level dan bukannya sedan Segmen-A.
Maka tidak hairanlah mengapa Bezza dan Saga berada di kedudukan antara lima 'Sedan Segmen B-Entry Level paling laris di dunia pada tahun 2022.
Malah, statistik Munoz meletakkan Perodua Bezza adalah sedan kelas permulaan paling laku di dunia untuk tahun 2022.

Dalam kategori permulaan, Perodua Bezza mencapai kedudukan pertama (66,600 unit), pada tahun lalu.
Biarpun, kami masih belum mendapatkan komen daripada pihak Perodua mengenai kedudukan Perodua Bezza namun pencapaian Bezza dalam analisis sudah cukup mengagumkan memandangkan model ini hanya dipasarkan di Malaysia.
Lebih menarik apabila jualan Perodua Bezza sebenarnya berjaya mengatasi jenama Lada Grata yang dijual terutamanya di Rusia dan segelintir pasaran eksport lain.
Lada Grata menduduki tempat kedua hanya 64,100 unit terjual pada tahun lalu.
Bezza juga sudah menewaskan generasi ketiga Chevrolet Aveo/Sail yang menduduki tempat ketiga .
Chevrolet Aveo pula hanya dijual di China serta Amerika Tengah dan Latin dimana, ia menyaksikan hanya 55,200 unit terjual pada 2022.


Menerusi data Munoz, Proton Saga juga berada di kedudukan kelima kerana mampu menjual 51,600 unit kereta pada tahun lalu.
Namun ada sedikit percanggahan angka daripada laporan Munoz dengan PROTON.
Ini kerana berdasarkan kenyataan akhbar Proton yang dikeluarkan awal tahun ini, pengeluar kereta nasional itu menyatakan bahawa pihaknya berjaya menjual 55,878 unit Saga sepanjang 2022.
Angka itu turut meliputi jualan tempatan dan luar negara dan tidak kurang daripada 11 pasaran eksport.
Selain Proton Saga, Proton Persona juga antara model yang terlaris di dunia memandangkan ia berada di tangga ke-14 memandangkan 20,100 unit terjual pada tahun 2022.

Dalam analisa sama, Toyota Vios dirangkul sebagai sedan segmen B paling laku (278,600 unit).
Tidak ketinggalan, Honda apabila ia menduduki tempat kedua memandangkan 167,500 unit terjual di seluruh dunia sekali gus menandakan peningkatan 38% berbanding angka jualannya pada 2021.
Tahniah buat Proton dan Perodua kerana berjaya melakar sejarah di persada dunia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Terima Kasih Rakyat M'sia Kerana Terus Sokong PROTON
Jualan kereta PROTON melonjak pada separuh pertama tahun 2023.
05-07-2023
Kereta Jatuh Dalam Sungai, Ini Pula Nasib Pemandu
Sebuah Proton Saga terjunam dalam sungai semalam.
01-06-2023
Jualan Proton Meningkat Sebab Ada Model Yang Laku Keras!
Biarpun baru suku pertama tahun 2023, namun jualan pengeluar kereta nasional, PROTON sudah mencecah 40,287 unit sekali gus menunjukakn peningkatan sebanyak 50.9% berbanding tahun lepas.
06-04-2023
Nantikan Reka Bentuk Kereta Perodua
PERODUA akan menggunakan idea dan kreativiti peserta ACSDC 2023 untuk membangunkan model kereta baharu.
04-07-2023
Malang Tak Berbau, Pastikan Pasang Pengangkat Kereta Dengan Betul
Seorang lelaki maut gara-gara tersepit ketika sedang menukar minyak hitam dan brek tayar hadapan keretanya.
19-02-2023
Pembeli Lega Dapat Kereta Yang Sudah Ditempah Lama
Rata-rata pembeli kini menarik nafas lega apabila mereka mula mendapat kereta yang ditempah sejak enam bulan lalu.
23-11-2022
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
